KUALA LUMPUR: Tiga peserta Malaysia muncul naib juara Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau 2022 yang diadakan di Nay Pyi Taw, Myanmar pada Rabu.
Jabatan Penerangan dalam kenyataan memaklumkan tiga peserta itu ialah Sky Broxlyne Roy Maxwill dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau, Sabah; George Loh Ing Won dari SMK Methodist, Sarawak dan Muhammad Adam Haiqal Shaari Ismail dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, Terengganu.
"Antara objektif Kuiz ASEAN ini adalah meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN dalam kalangan peserta serta memberikan pendedahan kepada golongan belia terhadap aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara-negara ASEAN," menurut kenyataan itu.
Pemilihan wakil Malaysia telah dibuat pada Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Jabatan Penerangan secara dalam talian bermula 1 hingga 30 Jun lepas, bagi memilih tiga peserta terbaik daripada 54,796 penyertaan untuk mewakili negara.
Bertemakan 'ASEAN: A community of Peace, Prosperity and Sustainability', pertandingan dwitahunan yang mula dilaksanakan sejak 2002 itu diadakan secara berkala di bawah kalendar Jawatankuasa Kebudayaan dan Penerangan ASEAN (ASEAN-COCI).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022
Tiga peserta Malaysia muncul naib juara Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau 2022 yang diadakan di Nay Pyi Taw, Myanmar pada Rabu. - Facebook/IRDivision
PRK Kuala Kubu Baharu: Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi
Kerjasama yang diberi keutamaan ialah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar.
Perkembangan terkini Jelajah Microsoft Build: AI Day
Acara sehari secara percuma yang direka untuk membantu pembangun meneroka peluang baharu dengan kecerdasan buatan (AI) serta memajukan kemahiran mereka dengan AI dan Microsoft Azure.
[TERKINI] Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, yang juga dikenali dengan nama Bella, tiga tahun lalu.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
Malaysia naib johan kuiz ASEAN Peringkat Rantau
Antara objektif Kuiz ASEAN ini adalah meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN dalam kalangan peserta.