awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
12/04/2021
20:45 MYT
Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Kedua-dua negara menekankan kepentingan kerjasama dua hala dalam bidang pertahanan. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah Aturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) dan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF), Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari New Zealand Peeni Henare menekankan kepentingan kerjasama dua hala dalam bidang pertahanan itu semasa sidang panggilan persidangan video semalam.
"Walaupun berdepan cabaran situasi pandemik COVID-19, kedua-dua menteri berkenaan menyatakan komitmen bersama terhadap FPDA dan Mesyuarat FPDA di Malaysia sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya tahun ini," kata MINDEF.
Kedua-kedua menteri berkenaan turut menyatakan sokongan terhadap aktiviti angkatan tentera bersama termasuk latihan dan eksesais ketenteraan serta membincangkan keperluan meningkatkan kerjasama mengenai keselamatan siber.
Selain itu, MINDEF menyatakan kedua-dua menteri berkenaan turut berkongsi perkembangan terbaru situasi pandemik COVID-19 dan pelaksanaan program vaksinasi di negara masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertahanan
#Malaysia
#New Zealand
#ismail sabri yaakob
#Mindef
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan