MALAYSIA
Malaysia nyatakan komitmen penuh majukan mandat global ITU - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di WTDC-25 menegaskan komitmen Malaysia memajukan mandat global ITU, mempromosi akses digital sejagat, keselamatan siber dan kerjasama strategik demi masa depan digital inklusif. - fotoBERNAMA
BAKU: Malaysia menyatakan komitmen penuh untuk terus memajukan mandat global Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ketika negara menyasarkan untuk menduduki semula kerusinya dalam Majlis ITU bagi penggal 2027-2030.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25), Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan terus mempromosi akses ketersambungan sejagat dan mampu milik melalui kerjasama strategik.
Beliau berkata Malaysia akan memfokus kepada usaha memperkukuh kepercayaan digital dan ketahanan keselamatan siber, memajukan pembangunan keupayaan dan kemahiran digital untuk semua serta memperkukuh kerjasama serantau dan pelbagai pihak berkepentingan demi mewujudkan ekonomi digital yang inklusif.
"Visi kami tetap jelas iaitu membina masa depan digital di mana semua orang boleh kekal Berhubung, Inklusif serta Selamat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
"Justeru itu, Malaysia dengan rendah hati memohon sokongan semua negara anggota untuk mencalonkan kami ke Majlis ITU bagi penggal 2027-2030," katanya.
Fahmi berkata kempen Malaysia adalah berlandaskan kepercayaan bahawa masa depan yang benar-benar saksama bermula dengan memastikan bahawa semua orang boleh berhubung, dilibatkan dan selamat dalam dunia digital.
Menyentuh mengenai WTDC-25, beliau berkata tema persidangan itu "Universal, Meaningful, and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future” adalah selaras dengan visi Malaysia iaitu "Inclusivity for Equitable Future".
Beliau berkata ikrar Malaysia iaitu "Partner2Connect" (P2C) mencerminkan komitmen tersebut melalui inisiatif seperti Pelan Jaringan Digital Negara (JENDELA), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil (KITAR).
Fahmi berkata kesemua inisiatif direka untuk memperluas akses jalur lebar, meningkatkan kadar mampu milik dan mempromosi kelestarian melalui transformasi digital yang bertanggungjawab.
"Kami berasa bangga kerana JENDELA dan NADI telah diiktiraf sebagai antara pemenang Hadiah Sidang Kemuncak Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WSIS) sekali gus memperkukuh kepercayaan Malaysia bahawa keterangkuman digital dan inovasi adalah kunci ke arah memperkasakan rakyat serta mengubah kehidupan," katanya.
Fahmi juga berkata seiring dengan peluasan ketersambungan, kepercayaan juga perlu bergerak selari sambil menekankan penerimaan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab oleh ASEAN di bawah Kepengerusian Malaysia tahun ini pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
"Malaysia juga berbangga kerana telah mempelopori pembangunan Garis Panduan Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab untuk ASEAN, yang menyatukan negara anggota dalam mempromosikan keselamatan dalam talian, akauntabiliti serta kerjasama rentas sempadan," katanya.
Di peringkat domestik, Fahmi berkata Malaysia terus memperkukuh rangka kerja keselamatan siber, privasi dan perlindungan data melalui Kempen Keselamatan Dalam Talian (KIS) di seluruh negara.
Kempen itu bertujuan memperkasa pengguna untuk melayari Internet dengan selamat melalui peningkatan kesedaran mengenai risiko dalam talian seperti penipuan, pembulian siber dan eksploitasi kanak-kanak.
Turut hadir pada majlis itu ialah Penasihat Kanan Hal Ehwal Antarabangsa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, Timbalan Pengarah Urusan MCMC Datuk Zulkarnain Mohd Yasin dan Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi, Kementerian Komunikasi Ahmad Norhad Zahari.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Malaysia komited untuk memajukan mandat global Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dengan sasaran menduduki semula kerusi dalam Majlis ITU bagi penggal 2027-2030.
- Malaysia menekankan akses ketersambungan sejagat, keupayaan digital, dan kerjasama serantau untuk mewujudkan ekonomi digital yang inklusif.
- Fahmi Fadzil menyatakan kepentingan keselamatan siber, akses jalur lebar, dan kelestarian dalam transformasi digital Malaysia.
Ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25), Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan terus mempromosi akses ketersambungan sejagat dan mampu milik melalui kerjasama strategik.
Beliau berkata Malaysia akan memfokus kepada usaha memperkukuh kepercayaan digital dan ketahanan keselamatan siber, memajukan pembangunan keupayaan dan kemahiran digital untuk semua serta memperkukuh kerjasama serantau dan pelbagai pihak berkepentingan demi mewujudkan ekonomi digital yang inklusif.
"Visi kami tetap jelas iaitu membina masa depan digital di mana semua orang boleh kekal Berhubung, Inklusif serta Selamat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
"Justeru itu, Malaysia dengan rendah hati memohon sokongan semua negara anggota untuk mencalonkan kami ke Majlis ITU bagi penggal 2027-2030," katanya.
Fahmi berkata kempen Malaysia adalah berlandaskan kepercayaan bahawa masa depan yang benar-benar saksama bermula dengan memastikan bahawa semua orang boleh berhubung, dilibatkan dan selamat dalam dunia digital.
Menyentuh mengenai WTDC-25, beliau berkata tema persidangan itu "Universal, Meaningful, and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future” adalah selaras dengan visi Malaysia iaitu "Inclusivity for Equitable Future".
Beliau berkata ikrar Malaysia iaitu "Partner2Connect" (P2C) mencerminkan komitmen tersebut melalui inisiatif seperti Pelan Jaringan Digital Negara (JENDELA), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil (KITAR).
Fahmi berkata kesemua inisiatif direka untuk memperluas akses jalur lebar, meningkatkan kadar mampu milik dan mempromosi kelestarian melalui transformasi digital yang bertanggungjawab.
"Kami berasa bangga kerana JENDELA dan NADI telah diiktiraf sebagai antara pemenang Hadiah Sidang Kemuncak Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WSIS) sekali gus memperkukuh kepercayaan Malaysia bahawa keterangkuman digital dan inovasi adalah kunci ke arah memperkasakan rakyat serta mengubah kehidupan," katanya.
Fahmi juga berkata seiring dengan peluasan ketersambungan, kepercayaan juga perlu bergerak selari sambil menekankan penerimaan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab oleh ASEAN di bawah Kepengerusian Malaysia tahun ini pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
"Malaysia juga berbangga kerana telah mempelopori pembangunan Garis Panduan Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab untuk ASEAN, yang menyatukan negara anggota dalam mempromosikan keselamatan dalam talian, akauntabiliti serta kerjasama rentas sempadan," katanya.
Di peringkat domestik, Fahmi berkata Malaysia terus memperkukuh rangka kerja keselamatan siber, privasi dan perlindungan data melalui Kempen Keselamatan Dalam Talian (KIS) di seluruh negara.
Kempen itu bertujuan memperkasa pengguna untuk melayari Internet dengan selamat melalui peningkatan kesedaran mengenai risiko dalam talian seperti penipuan, pembulian siber dan eksploitasi kanak-kanak.
Turut hadir pada majlis itu ialah Penasihat Kanan Hal Ehwal Antarabangsa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, Timbalan Pengarah Urusan MCMC Datuk Zulkarnain Mohd Yasin dan Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi, Kementerian Komunikasi Ahmad Norhad Zahari.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditekankan oleh Malaysia dalam Kenyataan Negara pada Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25)?
A: Malaysia menekankan komitmen untuk memajukan akses ketersambungan sejagat, kepercayaan digital, keselamatan siber, pembangunan kemahiran digital, dan kerjasama serantau dalam ekonomi digital. - Q: Apakah tema persidangan WTDC-25 dan bagaimana ia berkait dengan visi Malaysia?
A: Tema persidangan WTDC-25 adalah "Universal, Meaningful, and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future," yang selaras dengan visi Malaysia iaitu "Inclusivity for Equitable Future." - Q: Apa yang dicapai oleh inisiatif "Partner2Connect" (P2C) yang disebutkan dalam kenyataan?
A: Inisiatif "Partner2Connect" (P2C) mencerminkan komitmen Malaysia melalui inisiatif seperti Pelan Jaringan Digital Negara (JENDELA), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), dan Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil (KITAR) untuk memperluas akses jalur lebar dan meningkatkan kelestarian melalui transformasi digital. - Q: Apakah yang ditekankan oleh Malaysia dalam Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab oleh ASEAN?
A: Malaysia menekankan keselamatan dalam talian, akauntabiliti, dan kerjasama rentas sempadan dalam Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab oleh ASEAN. - Q: Apa tujuan Kempen Keselamatan Dalam Talian (KIS) yang diperkenalkan di peringkat domestik?
A: Kempen Keselamatan Dalam Talian (KIS) bertujuan memperkuat pengguna untuk melayari Internet dengan selamat melalui peningkatan kesedaran mengenai risiko dalam talian seperti penipuan, pembulian siber, dan eksploitasi kanak-kanak.