MALAYSIA
Malaysia, Pakistan sepakat gencatan senjata segera di Gaza

Anwar (kanan) mengiringi rakan sejawatnya dari Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif (kiri) pada sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia dan Pakistan sependapat bahawa gencatan senjata serta penyelesaian secara aman di Gaza perlu dilaksanakan dengan segera bagi menghentikan penderitaan rakyat Palestin.
Ringkasan AI
- Malaysia dan Pakistan sepakat bahawa gencatan senjata dan penyelesaian aman di Gaza perlu dilaksanakan serta-merta.
- Kedua-dua negara menyokong inisiatif damai termasuk cadangan 20 perkara oleh Presiden AS, meskipun terdapat kebimbangan.
- Anwar menegaskan keperluan akses segera kepada bantuan kemanusiaan dan yakin pendirian bersama akan menyumbang kepada keamanan berkekalan di Palestin.
“Saya juga amat menghargai pendirian Pakistan, termasuk yang terbaharu di Doha, berhubung isu Palestin.
“Kita sependapat kenyataan dan seruan bersama tanpa sebarang tindakan konkrit tidak akan mampu mengakhiri penderitaan berjuta-juta rakyat Palestin,” katanya.
Anwar berkata, kedua-dua negara turut menyokong inisiatif damai 20 perkara yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meskipun terdapat kebimbangan daripada beberapa pihak.
“Sekurang-kurangnya ia menyeru kepada gencatan senjata segera dan penghentian serangan kejam rejim Zionis terhadap Gaza.
“Kini, pendirian itu turut dikongsi oleh negara-negara Arab, negara Islam dan kebanyakan negara di dunia,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan keperluan mendesak untuk memastikan akses segera kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza, sambil menyifatkan keadaan semasa di wilayah itu sebagai ‘tidak berperikemanusiaan’
Anwar menzahirkan keyakinan bahawa pendirian bersama Malaysia dan Pakistan dalam menyokong inisiatif damai tersebut akan menjadi asas penting ke arah mencapai keamanan yang berkekalan di Palestin.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami