MALAYSIA
Malaysia, Pakistan sepakat gencatan senjata segera di Gaza
Anwar (kanan) mengiringi rakan sejawatnya dari Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif (kiri) pada sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia dan Pakistan sependapat bahawa gencatan senjata serta penyelesaian secara aman di Gaza perlu dilaksanakan dengan segera bagi menghentikan penderitaan rakyat Palestin.
Ringkasan AI
Ketegasan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif pada sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan di Kompleks Perdana Putra, di sini, pada Isnin.
Sehubungan itu, kedua-dua negara mahu tindakan konkrit diambil bagi menamatkan penderitaan rakyat di Gaza.
Anwar berkata, Malaysia menghargai pendirian konsisten Pakistan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin, termasuk komitmen terbaharu yang dizahirkan di Doha baru-baru ini.
“Saya juga amat menghargai pendirian Pakistan, termasuk yang terbaharu di Doha, berhubung isu Palestin.
“Kita sependapat kenyataan dan seruan bersama tanpa sebarang tindakan konkrit tidak akan mampu mengakhiri penderitaan berjuta-juta rakyat Palestin,” katanya.
Anwar berkata, kedua-dua negara turut menyokong inisiatif damai 20 perkara yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meskipun terdapat kebimbangan daripada beberapa pihak.
“Sekurang-kurangnya ia menyeru kepada gencatan senjata segera dan penghentian serangan kejam rejim Zionis terhadap Gaza.
“Kini, pendirian itu turut dikongsi oleh negara-negara Arab, negara Islam dan kebanyakan negara di dunia,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan keperluan mendesak untuk memastikan akses segera kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza, sambil menyifatkan keadaan semasa di wilayah itu sebagai ‘tidak berperikemanusiaan’
Anwar menzahirkan keyakinan bahawa pendirian bersama Malaysia dan Pakistan dalam menyokong inisiatif damai tersebut akan menjadi asas penting ke arah mencapai keamanan yang berkekalan di Palestin.
“Pada masa yang sama, akses kemanusiaan amat penting. Saya tidak dapat membayangkan, seperti yang disebut oleh Perdana Menteri Pakistan, bahawa pada tahun 2025 selepas begitu banyak penderitaan, masih ada wanita dan bayi yang ditembak serta dibunuh. Ia amat mengejutkan bagi saya,” ujarnya.
Beliau menegaskan, Malaysia dan Pakistan berada di pihak yang benar dalam memperjuangkan keamanan dan keadilan untuk rakyat Palestin yang tertindas.
“Insya-Allah, pendirian bersatu kita dalam menyokong inisiatif damai ini mungkin dapat membantu merealisasikan aspirasi untuk keamanan yang berkekalan,” katanya.
Lawatan rasmi Muhammad Shehbaz ke Malaysia bermula Ahad hingga Selasa ini turut menyaksikan kedua-dua negara menandatangani enam memorandum persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang termasuk diplomasi, pendidikan tinggi, pelancongan, halal, usaha memerangi rasuah serta pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Ringkasan AI
- Malaysia dan Pakistan sepakat bahawa gencatan senjata dan penyelesaian aman di Gaza perlu dilaksanakan segera bagi menghentikan penderitaan rakyat Palestin.
- Kedua-dua negara menyokong inisiatif damai termasuk cadangan 20 perkara oleh Presiden AS, dan menekankan keperluan akses segera kepada bantuan kemanusiaan.
- Lawatan rasmi Muhammad Shehbaz ke Malaysia turut menyaksikan pemeteraian enam MoU dalam bidang diplomasi, pendidikan, pelancongan, halal, antirasuah dan pembangunan PKS.