awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan permintaan terhadap mata wang selamat berkurangan
Pentadbiran Trump rancang bertemu syarikat minyak AS, bincang tingkat pengeluaran minyak Venezuela
AS kurangkan bilangan vaksin disyorkan untuk kanak-kanak, doktor bimbang risiko penyakit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Pakistan teroka peluang pelaburan sebelum lawatan PM Shehbaz

Bernama
Bernama
25/09/2025
21:50 MYT
Malaysia, Pakistan teroka peluang pelaburan sebelum lawatan PM Shehbaz
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelaburan Pakistan Qaiser Ahmed Sheikh pada Khamis. - Facebook Malaysia in Pakistan
NEW DELHI: Malaysia dan Pakistan meneroka peluang baharu bagi memperluas hubungan perniagaan dan pelaburan dalam pertemuan antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan dan Menteri Pelaburan Pakistan Qaiser Ahmed Sheikh pada Khamis.
Menurut hantaran di Facebook Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, kedua-dua pihak mengadakan "perbincangan konstruktif mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif ke Malaysia" yang dijadualkan bulan depan.
"Pertemuan itu turut memberi peluang untuk meneroka bidang baharu dalam meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
"Kedua-dua pihak mengulangi komitmen untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan bersetuju meneruskan usaha memudah cara dialog antara komuniti perniagaan di Malaysia dan Pakistan," menurut kenyataan itu.
Mereka juga membincangkan persiapan berterusan menjelang lawatan Shehbaz dan yakin kunjungan itu akan memperdalam lagi hubungan dua hala Malaysia-Pakistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#lawatan rasmi
#Pakistan
#pelaburan
#Shehbaz Sharif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan