PETALING JAYA: Minyak sawit antara beberapa sektor cemerlang yang membolehkan Malaysia menjadi pemain bertaraf dunia dan ia perlu terus dilihat sebagai sektor ekonomi penting yang melengkapkan susunan ekonomi baharu, menurut Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA).
Pengerusinya, Datuk Lee Yow Chor berkata walaupun Malaysia kini merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di belakang Indonesia, pengurusan agronomi, pengetahuan penyelidikan dan pembangunan serta pemprosesan hilirannya masih dianggap sebagai lebih maju dan terbaik.
"Banyak syarikat sawit Malaysia telah dijemput untuk mewujudkan ladang kelapa sawit di pelbagai negara dan sebahagian daripada mereka telah menubuhkan kilang pemprosesan hiliran di negara-negara Barat yang sedang pesat membangun dan maju.
"Hari ini, dunia menekankan kepada ekonomi hijau dan keterjaminan makanan. Ini juga dua daripada lapan strategi ekonomi yang digariskan dalam rangka kerja Ekonomi Madani yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai," katanya dalam ucapan pada majlis makan malam gala MPOA di sini pada Selasa.
Lee berkata minyak sawit adalah sumber makanan semula jadi dan boleh diperbaharui, tenaga dan bahan kimia berikutan hidrokarbonnya daripada pelbagai rantaian.
Produk sampingannya seperti gentian tandan sawit kosong (EFB) dan cangkerang isirung boleh ditukar menjadi pulpa kertas, bekas makanan dan karbon teraktif.
Selain itu, katanya biogas yang dijana daripada efluen di kilang sawit boleh ditukar kepada tenaga elektrik untuk kegunaan tempatan atau sambungan kepada grid elektrik negara.
"Semasa penanaman semula, batang pokok yang ditebang boleh ditukar menjadi panel kayu untuk perabot atau bahan binaan. Potensi hijau daripada sektor ini adalah berlipat ganda dan ada yang masih belum diterokai atau digunakan sepenuhnya.
"Dari segi keterjaminan makanan, Malaysia menghasilkan minyak sayuran yang mencukupi untuk kegunaan domestik.
"Malah, ia mengeksport 85 peratus daripada pengeluaran minyak sawitnya ke negara-negara di seluruh dunia," katanya.
Dalam era perubahan iklim dan tanah pertanian yang terhad hari ini, katanya keupayaan sara diri dan eksport bersih ini menjadi penstabil sosio-ekonomi yang penting dalam negara dan turut memberikan Malaysia sokongan yang kuat untuk menggalakkan hubungan pelbagai hala dengan negara lain.
Lee mengesahkan komitmen MPOA untuk bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan dalam sektor minyak sawit Malaysia bagi kebaikan dan kemajuannya.
Ditubuhkan pada 1999, MPOA adalah organisasi untuk penanam kelapa sawit, mewakili syarikat dengan lebih 300,000 hektar hingga pekebun kecil dengan 50 hektar. Secara keseluruhannya, mereka memiliki 1.8 juta hektar.
MPOA meraikan ulang tahunnya yang ke-25 pada tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Minyak sawit antara beberapa sektor cemerlang yang membolehkan Malaysia menjadi pemain bertaraf dunia dan ia perlu terus dilihat sebagai sektor ekonomi penting yang melengkapkan susunan ekonomi baharu, menurut MPOA. - Gambar hiasan/BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih pemimpin tidak tepat - Ramanan
Jika kempen tolak undi PH itu berjaya, Ramasamy perlu berdepan penduduk Kuala Kubu Baharu sekiranya timbul masalah pada masa hadapan.
Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Stok minyak sawit pada Mac susut 10.68 peratus kepada 1.71 juta tan - MPOB
Stok MSM negara menurun 22.22 peratus kepada 797,974 tan pada Mac daripada 1.03 juta tan yang dicatatkan pada Februari.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Minyak sawit harus dapat layanan adil, kata PM Anwar kepada Jerman
Sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, Malaysia gesa Jerman ambil pendekatan inklusif dan adil berkaitan eksport komoditi itu ke Eropah.
KPK akan ambil tindakan terhadap produk mendiskriminasi minyak sawit Malaysia - Johari
KPK akan bekerjasama dengan KPDN untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengimport produk yang mendiskriminasi minyak sawit di negara ini.
Malaysia menang tuntutan kes diskriminasi minyak sawit Kesatuan Eropah
Malaysia memenangi kes tuntutan diskriminasi minyak sawit negara yang diperuntukkan dalam Akta Delegasi Kesatuan Eropah (EU).
MATRADE ketuai delegasi Malaysia ke Gulfood 2024 di Dubai
MATRADE akan mengetuai 80 syarikat Malaysia dan lima agensi kerajaan ke pameran Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dari 19 Feb hingga 23 Feb, 2024.
KPK ambil tindakan tegas pamer label diskriminasi minyak sawit
KPK memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang melakukan kesalahan tersebut.
Malaysia, Indonesia eratkan kerjasama ekonomi, tangani isu serantau
Antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah mempergiatkan semula aktiviti perdagangan sempadan di Tebedu dan Entikong.
Kemasukan pekerja asing ke dalam industri perladangan sawit dijangka jana pendapatan RM4 bilion - MPOA
Industri minyak sawit Malaysia dijangka menjana pendapatan RM4 bilion jika separuh daripada 40,000 pekerja asing yang dinyatakan diperlukan sektor itu diberikan kerja-kerja penuaian.
Stok minyak sawit Malaysia susut 4.64 peratus kepada 2.29 juta tan pada Disember
Inventori minyak sawit mentah (MSM) berkurangan 9.43 peratus kepada 1.20 juta tan bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada November.