MALAYSIA
Malaysia perhebat usaha, isu kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO - Fadhlina
Fadhlina (tiga, kiri) melawat reruai pameran sebelum Majlis Cicipan Kebaya anjuran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, 5 Ogos 2025. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia kini di peringkat akhir pencalonan bagi mengisi kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada Persidangan Agung badan dunia itu di Paris pertengahan November ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata persediaan untuk pencalonan itu telah digerakkan hampir setahun dengan pendekatan rapi dan konsisten memandangkan proses tersebut memerlukan keyakinan serta sokongan negara anggota UNESCO.
"Beberapa siri telahpun berlangsung khususnya berkaitan dengan kempen pusingan awal dan kita kini memasuki peringkat akhir.
"Insya-Allah, bulan November ini kita akan melunaskan tugas-tugas akhir sebelum keputusan sama ada kita dapat atau tidak kerusi tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Cicipan Kebaya anjuran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di sini pada Selasa.
Fadhlina, yang juga Presiden SKUM, berkata majlis itu adalah sebahagian daripada kempen Malaysia untuk menduduki kerusi berkenaan selain meraikan pengiktirafan antarabangsa terhadap kebaya sebagai Warisan Tidak Ketara UNESCO pada Disember tahun lepas.
Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Pendidikan Fadzilah Fadzil pula berkata antara promosi lain yang dijalankan ialah menganjurkan lawatan rasmi ke Kilim Geoforest Park di Langkawi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN pada Jun lepas.
"Kilim merupakan geopark pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan UNESCO dan lawatan itu menjadi platform untuk menonjolkan komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan alam sekitar.
"Dalam lawatan itu, kita tunjukkan apa yang kita ada seperti pemuliharaan alam semula paya bakau," katanya.
Beliau berkata kempen pencalonan turut dijalankan menerusi Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO di Paris dan setakat ini, lima resepsi telah diadakan membabitkan wakil tetap dari pelbagai rantau termasuk Afrika, Eropah serta Amerika.
"Kita terangkan kepada mereka apa visi Malaysia dan bagaimana kita boleh menyumbang dalam agenda global UNESCO khususnya dalam bidang pendidikan, warisan dan kelestarian," katanya.
-- BERNAMA

#Fadhlina Sidek
#Lembaga Eksekutif UNESCO
#Kilim Geoforest Park
#kebaya sebagai Warisan Tidak Ketara UNESCO