awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perintis aplikasi garis panduan klinikal menopaus di Asia Tenggara

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/07/2022
06:53 MYT
Malaysia perintis aplikasi garis panduan klinikal menopaus di Asia Tenggara
Dr Premitha berkata, bagi memudahkan akses kepada orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar, garis panduan itu boleh didapati dalam empat bahasa. - Gambar CPG
KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi perintis sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan aplikasi garis panduan amalan klinikal berhubung pengurusan menopaus.
Pada fasa permulaan, aplikasi Bahagian Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia (MaHTAS) itu diperkenalkan kepada pegawai kesihatan sebelum diperluaskan kepada orang ramai dalam masa terdekat.
Ia boleh dimuat naik menggunakan kedua-dua peranti iOS dan android di MyMAHTAS.
Pengerusi Jawatankuasa Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG), Dr Premitha Damodaran berkata, melalui aplikasi itu, pengamal kesihatan boleh mengakses pelbagai maklumat tentang menopaus termasuk penilaian, pemeriksaan klinikal, pilihan rawatan, kesan dan menopaus dari perspektif agama.
"Wanita yang mengalami menopaus lazimnya berisiko tinggi mengalami penyakit jantung koronari, osteoporosis, kanser dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi.
"Dengan aplikasi ini, ia membantu mereka (pengawai perubatan) untuk menilai pelbagai langkah kesihatan disaran dan bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran CPG di sini, pada Jumaat.
Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin secara dalam talian.
Premitha yang juga pakar perunding Obstetrik dan Ginekologi berkata, bagi memudahkan akses kepada orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar, garis panduan itu boleh didapati dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil dengan bahasa yang dipermudahkan.
"Matlamat kita adalah, kita mahu semua lapisan masyarakat memahami sebenar-benarnya masalah ini," jelasnya.
Topic Berkaitan
#menopaus
#Kementerian Kesihatan
#MaHTAS
#Garis Panduan Amalan Klinikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan