MALAYSIA
Malaysia perkukuh dasar buruh di persidangan ILC di Geneva

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong akan menyampaikan pidato di Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) di Geneva. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) anjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, Switzerland.
Ringkasan AI
- Komitmen terhadap piawaian buruh antarabangsa: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, mengetuai delegasi KESUMA dalam persidangan yang berlangsung dari 2 hingga 13 Jun 2025, bagi memastikan dasar buruh Malaysia sejajar dengan piawaian global.
- Kerjasama antarabangsa: Steven Sim akan bertemu rakan sejawat dari ASEAN serta mengadakan pertemuan dua hala dengan wakil dari China, India, Nepal dan Qatar untuk memperkukuh kerjasama dalam mobiliti pekerja dan pengurusan buruh rentas sempadan.
- Inisiatif strategik Malaysia akan terlibat secara aktif dengan World Economic Forum (WEF), melancarkan strategi nasional TalentCorp untuk menangani isu bakat, serta menyertai inisiatif Gender Parity Accelerator bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.
“Langkah ini penting dalam memperkukuh perlindungan pekerja, meningkatkan kesejahteraan tenaga kerja serta merangsang kerjasama strategik dalam bidang pembangunan modal insan,” katanya.
Di Geneva, Steven akan bertemu rakan sejawat dari negara-negara ASEAN serta mengadakan pertemuan dua hala dengan wakil dari China, India, Nepal dan Qatar.
Pertemuan tersebut bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam isu-isu mobiliti pekerja dan pengurusan buruh rentas sempadan.
Beliau juga akan menyampaikan pidato semasa persidangan itu nanti.
Sepanjang misi rasmi ini, delegasi Malaysia turut mengadakan libat urus strategik bersama pelbagai pihak antarabangsa.
Antara tumpuan utama ialah penglibatan aktif Malaysia bersama World Economic Forum (WEF), termasuk pelancaran strategi nasional TalentCorp dalam menangani isu-isu bakat serta penyertaan dalam inisiatif Gender Parity Accelerator yang bertujuan meningkatkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja negara.
“KESUMA yakin lawatan rasmi ini akan memberi impak positif dalam usaha mengangkat martabat pekerja, memperkukuh daya saing negara serta mempersiapkan tenaga kerja Malaysia untuk menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami