MALAYSIA
Malaysia perkukuh kerjasama digital pada WEF Davos 2026 - Gobind
Gobind (tengah) berkata, penglibatan berkenaan mencerminkan peranan Malaysia yang semakin berkembang dalam membentuk perbincangan global berkaitan pembangunan digital yang mampan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi komitmen untuk membina ekonomi digital yang mampan, inklusif dan bersedia menghadapi masa depan melalui penglibatan strategik pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos, diketuai Menteri Digital, Gobind Singh Deo.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan pada Jumaat, Gobind berkata, penglibatan berkenaan mencerminkan peranan Malaysia yang semakin berkembang dalam membentuk perbincangan global berkaitan pembangunan digital yang mampan, memastikan inovasi menyokong pertumbuhan ekonomi serta kemampanan jangka panjang sejajar dengan Kerangka Ekonomi MADANI.
Beliau berkata, Malaysia menekankan untuk menjadi sebuah Negara Kecerdasan Buatan (AI) seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), ia memerlukan lebih daripada sekadar penggunaan teknologi termasuk perundangan, peraturan dan penubuhan institusi baharu yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital demi kesejahteraan rakyat.
"Malaysia sedang memajukan pemudah cara utama cadangan Suruhanjaya Data, yang akan berperanan penting dalam membangunkan sektor pertumbuhan baharu melalui melalui penggunaan data serta mekanisme seperti perkongsian dan pertukaran data, di samping memastikan data digunakan secara bertanggungjawab dan selamat dalam teknologi baharu termasuk AI, kuantum dan blok rantai," katanya.
Gobind berkata, Malaysia turut menekankan AI perlu memberikan manfaat kepada masyarakat termasuk dari segi kesaksamaan, capaian dan kemampuan, selain menyeru supaya kerjasama global berterusan bagi memastikan kemampuan AI yang berkesan dari segi kos dan bertanggungjawab khususnya daripada ekonomi maju dapat diakses oleh negara Selatan Global dan negara sedang membangun.
Dalam konteks sama, beliau berkata, Malaysia mencadangkan agar penggunaan AI dipandu berdasarkan kesan yang jelas dan boleh diukur kepada rakyat bagi memastikan pelaburan digital benar-benar memberi manfaat kepada mereka yang paling memerlukannya.
Gobind turut mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan WEF dalam meneroka peluang baharu seperti kedutaan digital, dengan menggambarkan inisiatif berkenaan sebagai konsep yang mampu memperkukuh kepercayaan, daya tahan dan kedaulatan dalam ruang digital.
"Malaysia dan WEF sedang bekerjasama dalam membangunkan kerangka kedutaan digital, yang dirancang dikeluarkan pada April ini," katanya sambil menambah inisiatif itu seiring dengan perkembangan berterusan ekosistem pusat data Malaysia, yang menyokong penciptaan pekerjaan dan pelaburan, di samping menekankan keperluan pembangunan infrastruktur digital yang mampan.
Gobind berkata Malaysia turut meningkatkan kerjasama dalam Peralihan Kluster Perindustrian (TIC), dengan merujuk kepada sebuah buku panduan yang baru diterbitkan oleh Pusat Bagi revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (MYCentre4IR) dan WEF bertajuk "Industrial Transformation in ASEAN: A Cluster-Driven Model for Regional and Global Collaboration".
Beliau berkata buku panduan itu bermatlamat mempercepat penyahkarbonan, penciptaan pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi melalui perkongsian pelbagai pihak berkepentingan, pembiayaan inovatif, penyelarasan dasar serta integrasi teknologi baharu serta turut menampilkan kajian kes daripada Hab Perindustrian Bintulu serta Kluster Perindustrian Peralihan Johor.
"Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, TIC pertama di Malaysia dijadual dilancarkan di Sarawak pada Jun tahun ini," katanya sambil menambah ia menjadi satu pencapaian penting dalam menterjemahkan kerjasama global dengan WEF kepada hasil nyata bagi pembangunan negara dan serantau.
Beliau berkata, Malaysia juga akan bekerjasama dengan WEF untuk mengenal pasti kaedah terbaik serta perkongsian pembelajaran dalam transformasi digital yang mampu dikongsi antara negara bagi membantu mempercepat kemajuan dalam produktiviti, perkhidmatan awam serta pembangunan mampan.
"Malaysia juga berharap dapat memperkukuh kerjasama dengan WEF bagi memacu pertumbuhan digital yang mampan dan memberi impak nyata sama ada di dalam negara, serantau serta di peringkat global," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia komited membina ekonomi digital mampan dan inklusif dengan penglibatan strategik pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Sedunia di Davos, dipimpin oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
- Malaysia menekankan peranan sebagai Negara Kecerdasan Buatan (AI) dengan tumpuan pada perundangan, peraturan, dan institusi baharu untuk kesejahteraan rakyat.
- Kerjasama antara Malaysia dan WEF termasuk usaha membangunkan kerangka kedutaan digital, inisiatif Peralihan Kluster Perindustrian, dan transformasi digital diharapkan dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan.