MALAYSIA
  
            Malaysia-AS perkukuh kerjasama pertahanan melalui MoU baharu
Mohamed Khaled bersama Pete Hegseth ketika di sesi Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di ibu kota, pada Khamis. - Foto MINDEF
            
      KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan keupayaan keselamatan dan pertahanan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) baharu dalam bidang pertahanan.
Ringkasan AI
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata MoU tersebut menjadi rangka kerja formal dan berstruktur bagi pelaksanaan pelbagai bentuk kerjasama yang sebelum ini dijalankan secara tidak rasmi.
“Kita telah menandatangani perjanjian kerjasama pertahanan antara Malaysia dan AS bagi memperkukuh hubungan keselamatan kedua-dua negara.
"Sebelum ini, tiada rangka formal, namun banyak latihan bersama dan pertukaran pegawai telah dijalankan di bawah program sokongan AS,” katanya.
Majlis pemeteraian berlangsung sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 dan ADMM-Plus ke-12 di Kuala Lumpur, dengan kehadiran Setiausaha Perang AS, Pete Hegseth dalam pertemuan dua hala bersama Mohamed Khaled.
Kedua-dua pihak mengiktiraf kerjasama pertahanan Malaysia-AS sebagai tonggak utama Perkongsian Strategik Komprehensif, menzahirkan lebih 40 tahun hubungan dua hala serta komitmen terhadap keamanan dan kestabilan serantau.
Turut diumumkan ialah pembaharuan Perjanjian Perolehan dan Perkhidmatan Bersilang (Acquisition and Cross-Servicing Agreement), serta komitmen untuk memuktamadkan perjanjian baharu dalam bidang komunikasi, perkongsian maklumat dan geospatial.
Kerjasama turut diperluas dalam menangani cabaran keselamatan siber, maritim, keganasan dan ekstremisme ganas, termasuk operasi bersama dan latihan ketenteraan.
Setiap tahun, lebih 300 pegawai Malaysia menjalani latihan di AS, selain penglibatan dalam 14 latihan bersama seperti ujian tembakan HIMARS dan ASTROS di Selat Melaka.
Dalam konteks serantau, kedua-dua pemimpin menegaskan komitmen terhadap keamanan di Laut China Selatan dan menolak taktik provokatif ‘grey-zone’ yang mengancam kedaulatan negara.
Mohamed Khaled menyifatkan ADMM Plus sebagai platform diplomasi yang diyakini, meskipun terdapat perbezaan pandangan antara negara peserta.
Kedua-dua negara turut bersetuju bahawa komunikasi dan dialog berterusan penting untuk mengelakkan salah tafsir ketenteraan serta memastikan kesiapsiagaan melalui pemodenan dan interoperabiliti.
Pertemuan susulan dijangka berlangsung di Pentagon, Washington DC, pada tahun hadapan.
               
  Ringkasan AI
- Malaysia dan AS menandatangani MoU baharu dalam bidang pertahanan, mewujudkan rangka kerja formal bagi memperkukuh kerjasama keselamatan yang sebelum ini dijalankan secara tidak rasmi.
- Kerjasama diperluas merangkumi latihan ketenteraan, keselamatan siber dan maritim, termasuk pembaharuan perjanjian perolehan serta rancangan perjanjian baharu dalam komunikasi dan perkongsian maklumat.
- Kedua-dua negara tegaskan komitmen terhadap keamanan serantau, khususnya di Laut China Selatan, dan menekankan kepentingan dialog berterusan bagi mengelakkan salah tafsir ketenteraan.