awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM masih dibarisi anggota berintegriti, ikhlas berkhidmat - Mohamed Khaled
PLKN: Pendaftaran sebahagian pelatih di Kem 505 Pekan ditangguhkan, elak lebih kapasiti
'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-AS perkukuh kerjasama pertahanan, perjanjian baharu akhir tahun

Astro Awani
Astro Awani
06/10/2022
03:30 MYT
Malaysia-AS perkukuh kerjasama pertahanan, perjanjian baharu akhir tahun
Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III baru-baru ini. - Foto Facebook/Hishammuddin Hussein
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kata sepakat untuk terus memperkukuhkan kerjasama pertahanan termasuk melalui Building Partner Capacity (BPC) Programme.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dalam perbualan telefon dengan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J Austin pada Rabu, kedua-dua negara turut menyentuh mengenai usaha sama secara spesifik ke arah meningkatkan lagi keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Jelas beliau, kerjasama pertahanan Malaysia-AS kini pada tahap amat kukuh, dengan AS baru-baru ini menyumbang peralatan perubatan kepada Kor Kesihatan Diraja bernilai AS$3 juta.
"Malah, secara keseluruhannya AS telah sumbang lebih AS$200 juta untuk tingkat keupayaan pertahanan Malaysia. KD Lekir juga baru pulang selepas diberi penghormatan menyertai 'Rim of the Pacific' (RIMPAC) 2022 di Hawaii.
"Kami juga ambil peluang bertukar pandangan mengenai isu keselamatan semasa termasuk perihal Laut China Selatan dan konflik Ukraine-Rusia. Sebelum berakhir, saya jemput beliau ke LIMA2023 tahun hadapan termasuk penglibatan U.S. Navy Blue Angels," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Austin dalam satu kenyataan menambah kedua-dua mereka juga membincangkan peluang untuk menyelaraskan lagi AS dan Malaysia dalam usaha mencapai visi menjadikan rantau Indo-Pasifik sebagai bebas dan terbuka.
"Kami bersetuju untuk meneruskan penyelarasan rapat di rantau ini, dan mengalu-alukan kepimpinan ASEAN dalam isu keselamatan.
"Kedua-dua pemimpin mencapai beberapa perkara penting dalam kerjasama pertahanan AS-Malaysia, termasuk penyempurnaan perjanjian Pertahanan POW/MIA pada Ogos, dan komited untuk melengkapkan perjanjian baharu dalam membentuk kerjasama pertahanan menjelang akhir tahun," ujar beliau.
Dalam masa yang sama, Austin menyatakan bahawa AS bersedia mengembangkan kerjasama dengan Malaysia dalam meningkatkan usaha melindungi kedaulatan dan kemerdekaan, termasuk melalui sokongan terhadap pembangunan keupayaan Malaysia dan perkongsian maklumat.
I was happy to speak with my Malaysian counterpart @HishammuddinH2O this morning. We have achieved several significant milestones this year, and we will continue to expand the relationship in deep and meaningful ways. pic.twitter.com/3G7rcRfh37
— Secretary of Defense Lloyd J. Austin III (@SecDef) October 6, 2022
AS menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 berikutan kemerdekaan Tanah Melayu dari Britain.
Negara itu juga menjadi rakan perdagangan global ketiga terbesar Malaysia dan destinasi eksport, manakala Malaysia pula rakan dagang ke-17 terbesar AS.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Kerjasama pertahanan Malaysia-AS
#Setiausaha Pertahanan AS Lloyd J Austin
#Malaysia-Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan