MALAYSIA
Malaysia perkukuh peranan industri halal di pentas global - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia sentiasa menjadikan halal sebagai model ekonomi sejagat, tanpa mengira sama ada negara rakan adalah majoriti Islam atau bukan Islam. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri halal dunia dengan memposisikan sektor tersebut secara proaktif sebagai penyumbang utama kepada misi antarabangsa negara dan penglibatan dua hala.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia sentiasa menjadikan halal sebagai model ekonomi sejagat, tanpa mengira sama ada negara rakan adalah majoriti Islam atau bukan Islam.
Menurut beliau, pendekatan ini akan terus menjadi sebahagian daripada perbincangan dua hala di peringkat global.
“Industri halal kini telah berkembang menjadi sektor dengan potensi besar dalam perdagangan yang menghubungkan semua negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, pada Jumaat.
Tambah beliau, kekuatan Malaysia dalam industri ini turut disokong oleh kepimpinan negara dalam pensijilan halal yang kini diiktiraf di hampir 50 negara, hasil kerjasama dengan 80 badan akreditasi dari 45 negara.
"Malah pasaran halal bukan hanya tertumpu kepada dunia Islam, tetapi turut meliputi pasaran global termasuk China, United Kingdom dan Brazil.
“Perkara ini menyerlahkan keupayaan Malaysia dalam menetapkan standard antarabangsa bagi industri halal,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan telah menetapkan sasaran berani melalui Rangka Tindakan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) dan Rancangan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dengan matlamat agar sektor halal dapat menyumbang sebanyak RM231 bilion atau 10.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030.
Ketika ini, pasaran halal global dianggarkan bernilai RM16.02 trilion dan dijangka meningkat kepada RM22.88 trilion menjelang 2030.
Sehubungan itu, Anwar menggesa syarikat-syarikat Malaysia agar segera memanfaatkan teknologi digitalisasi untuk kekal berdaya saing dalam pasaran halal dunia.
Katanya, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 bakal menjadi yang pertama mengguna pakai sepenuhnya platform MADANI Digital Trade, iaitu sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi mempercepatkan perdagangan halal rentas sempadan.
“Halal bukan sekadar label. Ia adalah simbol antarabangsa yang berteraskan kepercayaan, didasari integriti, kebertanggungjawaban serta nilai yang dapat diterima oleh semua lapisan agama dan pasaran,” katanya.
"Malaysia, juga terus mengekalkan kedudukan teratas dalam Penunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) selama 11 tahun berturut-turut, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan bersama sokongan padu industri," katanya.
Ringkasan AI
- Malaysia terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju industri halal dunia dengan menjadikan halal sebagai model ekonomi sejagat dan komponen penting dalam hubungan dua hala antarabangsa.
- Keupayaan Malaysia menetapkan standard halal antarabangsa disokong oleh pengiktirafan pensijilan halal di hampir 50 negara melalui kerjasama dengan 80 badan akreditasi dari 45 negara, meliputi pasaran global seperti China, UK dan Brazil.
- Kerajaan menetapkan sasaran sektor halal menyumbang RM231 bilion kepada KDNK menjelang 2030 melalui HIMP 2030 dan NIMP 2030, serta menggalakkan penggunaan teknologi digital seperti platform MADANI Digital Trade dalam perdagangan halal rentas sempadan.