MALAYSIA

Malaysia perlu adaptasi paradigma baharu ekonomi global - Sultan Nazrin

Shafiqa Azami 02/12/2025 | 02:50 MYT
Sultan Nazrin bertitah, Malaysia perlu segera menyesuaikan diri dengan paradigma baharu ekonomi global yang semakin kompleks dan terfragmentasi sekiranya negara mahu mencapai status berpendapatan tinggi dan maju sepenuhnya. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu segera menyesuaikan diri dengan paradigma baharu ekonomi global yang semakin kompleks dan terfragmentasi sekiranya negara mahu mencapai status berpendapatan tinggi dan maju sepenuhnya.


Ringkasan AI
  • Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menekankan keperluan Malaysia menyesuaikan diri dengan landskap ekonomi global yang terfragmentasi, memerlukan dasar berani bagi mencapai status negara maju sepenuhnya.
  • Pembuat dasar perlu memahami sejarah negara secara mendalam untuk merangka dasar ekonomi yang transformatif, dengan memperhitungkan konteks sejarah, budaya, dan kapasiti institusi.
  • Penekanan diberikan kepada keperluan memperkukuh pendidikan teknikal moden, memanfaatkan AI generatif, dan meningkatkan latihan teknikal untuk menyelaraskan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan industri, serta memastikan Malaysia kekal bersaing melalui pelaburan dalam institusi pendidikan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, landskap ekonomi dunia kini berubah pantas, didorong gelombang populisme, nasionalisme ekonomi dan peralihan blok perdagangan namun dalam masa sama membuka peluang besar dalam sektor perkhidmatan serta inovasi produktiviti.

“Jika Malaysia ingin mencapai status negara maju sepenuhnya, kita perlu menyesuaikan diri dengan dunia yang semakin terfragmentasi tetapi kaya dengan peluang baharu.

"Pilihan dasar yang berani akan menentukan kemampuan kita memanfaatkan era yang mencabar ini,” titah baginda ketika berkenan melancarkan buku Chronicling Themes in the Economic and Social History of Malaysia, di ibu negara, pada Selasa.

Sultan Nazrin turut menegaskan perlunya semua pembuat dasar memahami sejarah negara dengan lebih mendalam bagi merangka hala tuju ekonomi yang benar-benar transformatif.

“Memahami sejarah ekonomi dan sosial sesebuah negara termasuk kejayaannya serta cabarannya amat penting untuk merangka dasar yang benar-benar transformatif. Dasar tidak dirangka dalam keadaan vakum. Konteks penting. Sejarah penting. Budaya penting, begitu juga kapasiti institusi,” titah baginda.

Dalam masa sama, Sultan Nazrin bertitah, Malaysia telah mencatat kemajuan ekonomi, sosial dan institusi yang ketara dalam hampir tujuh dekad sejak tamat pemerintahan kolonial, dipacu dasar pragmatik, kestabilan makroekonomi dan pelaburan besar dalam kapasiti institusi.

Namun, titah baginda, masa depan menuntut keberanian membuat pilihan dasar yang mempercepat pertumbuhan produktiviti serta perubahan struktur.

Dalam pada itu, baginda bertitah, pendidikan moden, termasuk pemanfaatan kecerdasan buatan (AI) generatif dan pengukuhan latihan teknikal, perlu menjadi keutamaan agar kemahiran tenaga kerja selari keperluan industri.

Institusi negara, titah baginda, juga perlu menyesuaikan diri bagi membendung penghijrahan bakat dan memastikan Malaysia terus berdaya saing.

“Malaysia perlu terus memperkukuh pelaburan dalam pendidikan teknikal yang relevan agar kemahiran pelajar sejajar keperluan industri. Kualiti tenaga kerja kita akan menentukan keupayaan negara menghadapi cabaran masa depan," titah baginda.

Buku Chronicling Themes in the Economic and Social History of Malaysia yang disunting oleh Sultan Nazrin menghimpunkan 35 artikel mengenai sejarah ekonomi dan sosial negara daripada laman EHM sebuah projek penyelidikan yang baginda asaskan di Universiti Malaya sekitar 25 tahun lalu.


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah peranan landskap ekonomi global yang kompleks dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju?
    A: Sultan Perak menyatakan bahawa Malaysia perlu menyesuaikan diri dengan paradigma baharu ekonomi global yang kompleks untuk mencapai status berpendapatan tinggi dan maju sepenuhnya.
  • Q: Mengapakah Sultan Perak menekankan kepentingan memahami sejarah negara dalam merangka dasar ekonomi yang transformatif?
    A: Sultan Perak menegaskan bahawa pemahaman yang mendalam terhadap sejarah ekonomi dan sosial negara adalah penting dalam merangka dasar ekonomi yang benar-benar transformatif.
  • Q: Apa yang perlu diberi tumpuan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja agar Malaysia kekal berdaya saing?
    A: Sultan Perak menegaskan perlunya fokus kepada pendidikan moden, penggunaan AI generatif, dan penekanan pada latihan teknikal agar kemahiran tenaga kerja selari dengan keperluan industri bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing.
  • Q: Apa yang Sultan Perak tekankan berkenaan dengan keperluan pelaburan dalam pendidikan teknikal yang relevan?
    A: Sultan Perak menekankan bahawa Malaysia perlu memperkukuh pelaburan dalam pendidikan teknikal yang relevan agar kemahiran pelajar sejajar dengan keperluan industri untuk menghadapi cabaran masa depan.
  • Q: Apakah objektif utama buku "Chronicling Themes in the Economic and Social History of Malaysia" yang diterbitkan oleh Sultan Perak?
    A: Buku tersebut menghimpunkan 35 artikel mengenai sejarah ekonomi dan sosial Malaysia untuk memberi pemahaman mendalam kepada pembaca mengenai perkembangan negara sejak tamat pemerintahan kolonial hampir tujuh dekad lalu.



#paradigma ekonomi baharu #ekonomi global #pembuat dasar #Sultan Nazrin Muizzuddin Shah