Malaysia perlu mengamalkan pertanian intensif yang menggunakan teknologi dan pelbagai tanaman bagi menjamin bekalan makanan negara pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata perubahan daripada pertanian konvensional kepada kaedah pertanian berteknologi tinggi amat perlu bagi menampung bekalan makanan sejajar dengan pertambahan penduduk negara yang dijangka mencecah 50 juta orang pada 2050.
"Nilai import makanan negara pada masa ini ialah RM18 bilion dan jumlah ini kan bertambah dari setahun ke setahun. Oleh itu pengeluaran makanan negara perlu ditambah bagi menjamin sara diri untuk generasi masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Lembaga Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Seri Badruddin Amiruldin.
Najib berkata sebagai pendekatan jangka panjang, pertanian sara diri itensif wajar diterokai dan dijuarai generasi muda supaya industri tersebut bergerak seiring dengan kemajuan dan pertambahan penduduk dalam negara.
Beliau menarik perhatian bahawa MAHA kini dianggap sebagai produk pelancongan domestik bukan sekadar kepada mereka yang terlibat dalam bidang pertanian tetapi lebih utama ia melibatkan keseluruhan rantain bekalan makanan negara seperti pemborong serta pengusaha pasar raya besar dan pasar raya.
Selain itu, katanya, MAHA turut menjadi medan membekalkan pengetahuan kepada anak-anak kecil mengenai sektor pertanian, kepelbagaian tanaman dan makanan negara, satu unsur yang amat penting dalam memupuk kesedaran berhubung kepentingan pertanian di masa kini dan masa depan.
Katanya, MAHA merupakan lambang atau menifestasi komitmen kerajaan dalam memartabatkan sektor pertanian, sekali gus menjamin kesinambungan bekalan industri makanan negara.
Justeru, generasi muda perlu melibatkan diri dalam industri pertanian moden supaya industri berkenaan tidak hanya terhad dalam kalangan generasi tua sahaja, katanya, dan menambah seramai 700,000 pengunjung telah mengunjungi MAHA hingga kini sejak mula dibuka kepada orang ramai, Khamis lepas.
Terdahulu, Najib tiba di hadapan dewan utama MAHA pada 4.20 petang dan terus menaiki trem bersama Ahmad Shabery untuk memulakan lawatan ke tapak-tapak pameran.
Lokasi utama beliau adalah mengunjungi tapak buah-buahan atau Castle of Fruits kendalian FAMA yang menjual pelbagai jenis buah, orkid, anak pokok, baja tumbuhan dan variasi bunga- bungaan daripada 108 peniaga yang mengambil bahagian.
Di situ, Najib diperkenalkan dengan buah durian belanda yang diangkat menjadi buah tema MAHA 2016 selain ke gerai jagung, satu tarikan terbaharu kerana sebanyak tiga juta tongkol disediakan untuk dijual sepanjang 11 hari pameran berlangsung.
Perdana Menteri juga melawat pameran bingka terbesar yang diperbuat daripada 1,400 tongkol jagung dia atas 120 talam yang telah diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai produk yang menggunakan jagung terbanyak.
Menurut FAMA, hasil jualan bingka yang dijual dengan harga RM30 setalam itu akan dimasukkan ke dalam tabung bantuan Rohingya.
Perdana Menteri kemudiannya melawat Nafas Cube @MARDI, satu tapak penginapan berkonsepkan santai sebelum mengakhiri kunjungan ke 'Rythem Of The Farmers (ROTF) atau D'Lereng', sudut khas untuk pengunjung berhibur dan menyaksikan persembahan arti-artis udangan. -- Bernama
Bernama
Sun Dec 04 2016
Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak (dua, kiri), Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin (kanan) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menunjukkan durian belanda pada perasmian MAHA. - Foto Bernama
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
MAHA 2016: Catat jualan, perjanjian jualan lebih RM380 juta, pengunjung 3.7 juta
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 mencapai jualan dan perjanjian jualan melebihi RM380 juta dan mencatat kehadiran 3.7 juta pengunjung.
Ryoga Red dimahkota Ayam Serama Tercantik MAHA 2016
Ayam serama jantan, Ryoga Red terus membawa tuah kepada pemiliknya untuk kali keempat tahun ini selepas dinobatkan sebagai Ayam Serama Tercantik pada MAHA 2016.
Malaysia perlu amal pertanian intensif - PM Najib
Malaysia perlu mengamalkan pertanian intensif yang menggunakan teknologi dan pelbagai tanaman bagi menjamin bekalan makanan negara pada masa depan.
MAHA2016 kombinasi hiburan dan agromakanan
Ekspo agromakanan terbesar negara, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) bakal menampilkan satu kelainan tahun ini dengan konsep 'agrotainment'.