MALAYSIA
Malaysia perlu ambil kira risiko iklim dalam perancangan infrastruktur bandar

Rajasekar berkata Malaysia boleh mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu serantau dengan mempelajari cabaran yang dihadapi negara lain. - Gambar hiasan/BERNAMA
NEW DELHI: Malaysia perlu mengambil kira risiko iklim masa depan seperti kenaikan paras laut dan cuaca ekstrem dalam perancangan infrastruktur bandar bagi mengelakkan kos baik pulih yang tinggi pada masa hadapan, menurut sebuah kumpulan penyelidikan bencana antarabangsa.
Ringkasan AI
- Malaysia perlu ambil kira risiko iklim masa depan seperti kenaikan paras laut dan ribut siklon dalam perancangan bandar, bukan hanya bergantung pada data sejarah.
- Perkongsian ilmu serantau penting supaya Malaysia boleh belajar daripada pengalaman negara lain dan mengelakkan kesilapan dalam membina infrastruktur berdaya tahan.
- Perancangan awal dan sistem mitigasi bukan sahaja melindungi bandar daripada bencana, malah menjadikan Malaysia penyumbang penyelesaian tempatan untuk rantau ini.
Beliau berkata negara seperti India sudah bekerjasama dengan CDRI dalam pengurusan risiko banjir, manakala Malaysia dan Singapura berdepan cabaran serupa apabila urbanisasi pesat menumpukan lebih ramai penduduk serta infrastruktur di bandar.
Rajasekar berkata Malaysia boleh mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu serantau dengan mempelajari cabaran yang dihadapi negara lain, sambil turut menyumbangkan amalan terbaik kepada jiran dengan konteks serupa seperti Myanmar, India dan Bangladesh.
"Sesetengah penyelesaian Eropah mungkin tidak sesuai untuk Asia Selatan, tetapi apa yang berkesan di Malaysia boleh juga diterapkan di bahagian lain rantau ini. Perkongsian adalah kunci. Malaysia boleh mengelakkan kesilapan yang dibuat di tempat lain dan terus melonjak ke arah sistem yang lebih berdaya tahan," katanya.
Beliau mengambil Delhi sebagai contoh, di mana CDRI membantu pihak berkuasa mengoptimumkan dana mitigasi banjir bernilai AS$100 juta dengan memberi keutamaan kepada projek seperti memulihkan badan air, menjadikan taman sebagai kolam tadahan banjir dan menggunakan sistem amaran awal berasaskan sensor.
Rajasekar menegaskan bahawa perancangan lebih awal bukan sahaja akan melindungi bandar-bandar di Malaysia, malah turut meletakkan negara itu sebagai penyumbang penyelesaian tempatan bagi memperkukuh daya tahan di rantau ini.
CDRI ialah sebuah kerjasama antara kerajaan negara-negara, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bank pembangunan pelbagai hala serta mekanisme pembiayaan, sektor swasta dan institusi pengetahuan yang bertujuan menggalakkan daya tahan sistem infrastruktur baharu dan sedia ada terhadap risiko iklim dan bencana bagi menyokong pembangunan mampan.
CDRI mempromosikan pembangunan pesat infrastruktur berdaya tahan bagi menyokong matlamat pembangunan mampan dalam memperluas akses sejagat kepada perkhidmatan asas, membolehkan kemakmuran dan pekerjaan wajar.
Ia juga menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk sokongan tindak balas dan pemulihan bencana, inovasi, bantuan pembangunan kapasiti institusi dan komuniti, penyelidikan kolaboratif, laporan penanda aras global serta pangkalan data global mengenai ketahanan infrastruktur dan sektor.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami