[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Malaysia perlu fokus untuk capai 2020 (Video)

Astro Awani 14/12/2012 | 07:53 MYT
Keupayaan untuk kekal fokus dan tidak tersasar daripada matlamat utama merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi Malaysia di dalam usaha mencapai status negara maju menjelang 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi Senator Datuk Seri Idris Jala berkata fokus kepada enjin ekonomi spesifik merupakan kunci utama kepada kejayaan ekonomi Malaysia.
Menurut Idris, negara tidak sepatutnya terperangkap di dalam situasi di mana perlu terikut-ikut dengan pelbagai saranan dan mahu terlibat di dalam terlalu banyak perkara.
Tambah Idris, seiring dengan fokus yang diberikan, pelbagai inisiatif bagi mewujudkan persekitaran kondusif yang menggalakan persaingan sihat perlu diteruskan.
Ini termasuk memastikan syarikat tempatan beroperasi berdasarkan amalan perniagaan terbaik dan bertaraf antarabangsa.
#pemandu #Senator Datuk Seri Idris Jalan