MALAYSIA
Malaysia perlu graduan TVET bersifat orientasi masa hadapan, cipta nilai
TVET bukan sekadar pengeluar pekerja, malah menjadi pemangkin produktiviti negara. - Bernama
ARAU: Malaysia memerlukan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersifat berorientasikan masa hadapan yang bukan menunggu kerja tetapi mencipta nilai seiring dengan usaha negara memperkukuh Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Pengurusan) Jabatan Pembangunan Kemahiran Dalila Sharingat berkata mereka bukan hanya tahu menggunakan sistem, malah mampu mempersoalkan, menambah baik dan menginovasi sistem.
"TVET bukan sekadar pengeluar pekerja, tetapi TVET adalah pemangkin produktiviti negara. TVET bukan sekadar pensijilan kemahiran, tetapi TVET adalah tiket kepada mobiliti sosial. TVET bukan sekadar latihan teknikal, tetapi TVET adalah asas kepada daya saing ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen TVET Utara Siri 2024/2025 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini.
Pada majlis itu, sebanyak 126 graduan menerima sijil dan diploma masing-masing terdiri daripada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) serta sijil tenaga pengajar daripada pelbagai bidang.
Dalam pada itu, Dalila turut mengajak graduan berkenaan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat.
"Mohon ingat, SKM adalah permulaan. Laluan anda masih panjang. Anda boleh meneruskan laluan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Ijazah Sarjana Muda melalui laluan MQA (Agensi Kelayakan Malaysia), laluan antarabangsa, Pensijilan Profesional atau kelayakan mikro," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini