Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Malaysia perlu guna pakai dan laksanakan AI bagi jamin masa depan digital negara - Gobind

Bernama 18/11/2025 | 14:00 MYT
Gobind semasa berucap pada Persidangan Antarabangsa SIRIM mengenai Kualiti dan Inovasi 2025 hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menghentikan perdebatan mengenai pilihan antara "mengguna pakai atau melaksanakan" kecerdasan buatan (AI), sebaliknya perlu menumpukan kepada kedua-dua aspek itu dengan berkesan bagi menjamin masa depan digital negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.


Ringkasan AI
  • Malaysia perlu fokus pada penerimagunaan dan pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan masa depan digital negara, menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo.
  • Penggunaan AI semakin meluas di seluruh dunia, tetapi organisasi masih menghadapi cabaran untuk mengintegrasikan teknologi tersebut sepenuhnya dalam operasi mereka, berdasarkan tinjauan global oleh McKinsey.
  • Di Malaysia, sebanyak 2.4 juta perniagaan tempatan telah mula menggunakan AI, memberi impak positif terutamanya dalam sektor penjagaan kesihatan, pertanian, logistik, dan pembuatan.


Berucap pada Persidangan Antarabangsa SIRIM mengenai Kualiti dan Inovasi 2025 di sini hari ini, beliau berkata penerimagunaan dan pelaksanaan merupakan dua elemen saling melengkapi yang memacu inovasi dan pada masa sama memastikan kepercayaan.

Gobind berkata penggunaan AI semakin berkembang pesat di seluruh dunia tetapi banyak organisasi masih berdepan kesukaran untuk memperluas penggunaannya.

Memetik tinjauan global oleh McKinsey, beliau berkata hampir sembilan daripada 10 organisasi menggunakan AI, sekurang-kurangnya dalam satu fungsi tetapi masih belum mengintegrasikan teknologi berkenaan sepenuhnya dalam operasi mereka.

Gobind berkata Malaysia telah mula menikmati manfaat daripada penggunaan AI pada peringkat awal, dengan AWS melaporkan kira-kira 2.4 juta perniagaan tempatan, iaitu kira-kira 27 peratus daripada perusahaan telah mula menggunakan AI.

"Dalam penjagaan kesihatan, AI membantu doktor mengesan penyakit lebih awal dan menambah baik hasil rawatan pesakit.

"Dalam pertanian pula, ia memberi panduan dalam pertanian tepat dan mengoptimumkan hasil. Bagi logistik dan pembuatan, analisis ramalan mengurangkan masa henti, mengurangkan pembaziran dan meningkatkan produktiviti," katanya.

-- BERNAMA


#kecerdasan buatan #tinjauan global #peringkat awal #berkembang pesat