Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Malaysia perlu jalin hubungan baik dengan semua kuasa besar demi rakyat - PM Anwar

Bernama 16/11/2025 | 07:50 MYT
Anwar (foto) menegaskan pentingnya Malaysia memelihara hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan China demi keselamatan negara serta kepentingan rakyat. -Gambar Bernama
KENINGAU: Malaysia perlu mengekalkan hubungan baik dengan semua kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China bagi memastikan keselamatan negara serta kepentingan rakyat terus terpelihara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya Malaysia memelihara hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan China demi keselamatan negara serta kepentingan rakyat.
  • Pemimpin dunia mengiktiraf Malaysia sebagai rakan penting melalui pertemuan dan komunikasi tinggi baru-baru ini, seperti Presiden AS Donald Trump yang menghubungi Anwar sebagai satu penghormatan.
  • Anwar menjelaskan bahawa menjaga hubungan baik dengan AS dan China adalah untuk kepentingan rakyat dan keselamatan negara, serta memperingatkan pembangkang yang memperlekehkan kunjungan Trump ke Malaysia.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Anwar berkata meskipun Malaysia bukan negara besar atau kaya, pemimpin utama dunia tetap menganggap negara ini sebagai rakan penting, bukti melalui beberapa pertemuan dan komunikasi peringkat tinggi baru-baru ini.

Beliau berkongsi bahawa Presiden AS Donald Trump, menghubunginya dua hari lepas, satu penghormatan yang mencerminkan kedudukan Malaysia dalam hubungan antarabangsa.

"Saya bangga bukan kerana diri saya, tetapi kerana Malaysia dilihat sebagai negara penting oleh pemimpin besar dunia.

"Kita jalin hubungan baik dengan AS, baik dengan China, Semua ini untuk kepentingan rakyat, memastikan keselamatan mereka. Kalau negara-negara besar bergaduh dan kita terlibat, kita juga akan susah," katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Program Ramah Mesra PM Sayang Sabah Bersama Pimpinan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid di Padang Kampung Menawo Ulu, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata ketika menghadiri mesyuarat antarabangsa di Korea Selatan baru-baru ini, Presiden China Xi Jinping memuji keupayaan Malaysia mengurus hubungan baik dengan Washington.

"Jadi saya bertemu Presiden Xi Jinping. Saya tanya, Presiden, bagaimana pertemuan dengan Presiden Trump? Beliau kata, kerana kita menjaga hubungan dengan Trump, beliau gembira, suasana jadi mesra dan rundingan lebih lancar," katanya.

Anwar turut menempelak tindakan pembangkang, khususnya Perikatan Nasional (PN), yang memperlekehkan kunjungan Trump ke Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan bulan lepas.

"Tunjuk hubungan baik, ada yang marah, PAS, PN persoalkan, 'Apa ini Anwar? Amerika tidak bagus. Kau menari dengan mereka.

"Yang penting, kita bincang dengan mereka untuk jaga hubungan baik dengan semua negara. Negara ini aman kerana kerjasama pasukan keselamatan dan kestabilan politik kita," kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang ditekankan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai hubungan Malaysia dengan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China?
    A: Anwar Ibrahim menekankan kepentingan Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan semua kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat dan China bagi memastikan keselamatan negara serta kepentingan rakyat terus terpelihara.
  • Q: Mengapakah Anwar Ibrahim menyatakan bahawa menjaga hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan China penting bagi Malaysia?
    A: Anwar Ibrahim menyatakan bahawa menjaga hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan China penting bagi Malaysia kerana negara ini dilihat sebagai rakan penting oleh pemimpin besar dunia, menjaga keselamatan rakyat, serta memastikan kestabilan politik dan keselamatan negara.
  • Q: Apa respons Presiden China, Xi Jinping, terhadap keupayaan Malaysia dalam mengurus hubungan baik dengan Amerika Syarikat?
    A: Presiden China, Xi Jinping, memuji keupayaan Malaysia dalam mengurus hubungan baik dengan Amerika Syarikat, yang turut menyebabkan suasana pertemuan antara China dan Amerika Syarikat menjadi lebih mesra dan rundingan lebih lancar.
  • Q: Apakah reaksi Anwar Ibrahim terhadap tindakan pembangkang yang memperlekehkan kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia?
    A: Anwar Ibrahim menempelak tindakan pembangkang, terutamanya Perikatan Nasional (PN), yang memperlekehkan kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, dan menegaskan pentingnya menjaga hubungan baik dengan semua negara untuk keamanan dan kestabilan Malaysia.



#Anwar Ibrahim #Donald Trump #hubungan baik #Amerika Syarikat #China