MALAYSIA
Malaysia perlu kekalkan produk pelancongan segar untuk terus berdaya saing - Tiong
Tiong turut menggesa pemain industri termasuk syarikat penerbangan, hotel dan ejen pelancongan agar memperkukuh daya tarikan Malaysia dengan meningkatkan perkhidmatan dan mempelbagaikan produk. - Bernama
KUALA LUMPUR: Produk pelancongan Malaysia perlu sentiasa segar dan menarik kepada khalayak antarabangsa bagi memastikan negara kekal berdaya saing dalam pasaran pelancongan global, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau berkata banyak ejen pelancongan luar negara masih tidak menyedari daya tarikan semula jadi Malaysia seperti air terjun, hutan hujan tropika dan warisan budaya.
"Kita mesti terus mengetengahkan pengalaman baharu dan menarik, bukan sekadar mengulang destinasi sama yang kita promosikan sedekad lepas," katanya ketika berucap pada majlis makan malam gala Global Travel Meet (GTM) 2025 dan pelancaran Kalendar Acara Tahunan (COE) Tourism Malaysia 2026 di sini malam ini.
Tiong turut menggesa pemain industri termasuk syarikat penerbangan, hotel dan ejen pelancongan agar memperkukuh daya tarikan Malaysia dengan meningkatkan perkhidmatan dan mempelbagaikan produk.
Beliau mengakui maklum balas daripada pelancong yang mahukan kehidupan malam dan pilihan hiburan lebih rancak, dan memberikan jaminan kementerian itu akan berusaha membangunkan persekitaran hiburan yang lebih sihat, mesra keluarga serta terkawal dengan baik.
"Kami mahu pelancong menikmati Malaysia dengan cara yang selamat dan telus, dan pada masa sama menyokong perniagaan tempatan," katanya.
Tiong berkata kerajaan komited memperkukuh aliran pelancongan dua hala, dengan menekankan Malaysia bukan sahaja mesti menarik kedatangan pelancong asing, malah turut menyediakan platform untuk rakyat tempatan mengenali lebih banyak destinasi antarabangsa.
"Tahun depan, kami mungkin membenarkan ejen pelancongan dan pemain industri antarabangsa mempromosikan negara mereka di sini, agar rakyat Malaysia juga dapat menikmati penglibatan dua hala. Rakyat kita berhak mendapat pilihan," katanya.
Edisi sulung GTM 2025 yang dianjurkan Tourism Malaysia itu menghimpunkan 400 pemain industri pelancongan tempatan, 600 pembeli antarabangsa dan 100 wakil media asing, menjadikannya acara perdagangan pelancongan antarabangsa berskala besar pertama negara.
Acara itu mencatat pencapaian penting dalam promosi pelancongan Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, meskipun terdapat beberapa kekurangan kerana ia adalah kali pertama Tourism Malaysia menganjurkan program antarabangsa berskala besar sedemikian.
-- BERNAMA