Malaysia perlu lebih banyak tenaga kerja dalam bidang kesihatan mental

Azyyati Ahmad
Disember 30, 2019 04:52 MYT
Di Malaysia, pakar dalam bidang psikologi hanya 420 orang bagi nisbah 32 juta penduduk di negara yang mana sepatutnya ditambah 800 sehingga 900 orang.
Salah satu perkara yang perlu diberi tumpuan dalam isu kesihatan mental adalah kekurangan tenaga kerja dan pakar dalam bidang berkenaan.
Ketika ini di Malaysia, pakar dalam bidang psikologi hanya 420 orang bagi nisbah 32 juta penduduk di negara yang mana sepatutnya ditambah 800 sehingga 900 orang.
Menurut Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin, bukan sahaja pakar, malah jururawat dan pekerja sosial untuk bidang kesihatan mental juga masih berkurangan.
Manakala, bagi Pelajar Jurusan Psikologi, Azreen Nisha Mohamed Azahari kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan biasiswa dalam bidang psikologi dan melihat kembali tangga gaji yang ditawarkan untuk bidang ini.
Mereka berkata demikian ketika dijemput ke AWANI Pagi pada Isnin dalam membicarakan mengenai Isu Kesihatan Mental: Langkah Kita 2020 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan & Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Dr Aida Syarinaz Ahmad Adlan.
#Azreen Nisha Mohamed Azahari #kesihatan mental #Malaysia #perubatan #PPUM #Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin #tenaga kerja