Skip to main content

Malaysia

Malaysia perlu pelajari pengalaman China perkasa sektor agro makanan negara - Mohamad

PUTRAJAYA, 21 Julai -- Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Persidangan Global Animal Production & Veterinary Industry Summit (GAVIS) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohamad berkata, Malaysia mempunyai potensi besar untuk terus memperkukuh sektor agromakanan negara dengan mengambil pendekatan bersesuaian berdasarkan pengalaman negara lain, tanpa mengabaikan kepentingan pemain industri tempatan. - Foto fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman China dalam memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan menerusi penggunaan teknologi, peningkatan produktiviti serta pembangunan kawasan luar bandar yang dirancang secara tersusun dan berterusan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Malaysia mempunyai potensi besar untuk terus memperkukuh sektor agromakanan negara dengan mengambil pendekatan bersesuaian berdasarkan pengalaman negara lain, tanpa mengabaikan kepentingan pemain industri tempatan.

“China menunjukkan bagaimana sektor pertanian boleh diperkasakan melalui penggunaan teknologi, peningkatan produktiviti, pembangunan kawasan luar bandar serta perancangan yang tersusun dan berterusan.

“Kita perlu berani belajar daripada pengalaman negara lain, mengambil pendekatan yang sesuai dengan keperluan kita, dan pada masa yang sama terus memperkasakan petani, pesawah, penternak serta nelayan tempatan,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.

Mohamad berkata, perkara itu dikongsikannya dalam mesyuarat Kabinet hari ini, susulan lawatan beliau ke China bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Keselamatan Makanan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-11 di Hangzhou, baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kerjasama dengan negara lain juga perlu terus diperkukuh bagi memastikan rantaian bekalan makanan serantau kekal kukuh dan stabil.

“Matlamat akhirnya tetap sama, iaitu memastikan makanan rakyat cukup, bekalannya terjamin dan negara mempunyai sistem makanan yang lebih berdaya tahan untuk menghadapi cabaran masa hadapan,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement