Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin muda yang mampu mengemudikan negara dengan cara yang lebih segar dan seiring dengan peredaran semasa.
Bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata Malaysia boleh mengambil contoh pendekatan yang dibuat di luar negara yang menyaksikan banyak pemimpin muda dilahirkan untuk memimpin negara masing-masing hingga mampu maju dan berjaya.
"Mengambil contoh pemimpin muda seperti Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, 46, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, 40, mereka berjaya memimpin negara mereka dengan cara tersendiri," katanya kepada pemberita selepas program 'Legasi Merdeka dan Pembinaan Negara Bangsa' di Wisma Bernama di sini, pada Selasa.
Syed Hamid berkata melalui gabungan pemimpin yang berpengalaman dan pemimpin muda ini, sudah pasti negara akan memiliki adunan kepimpinan yang baik dan lebih yakin bagi meneruskan dan mengekalkan kemerdekaan negara.
"Apabila kita adunkan elemen seperti pengalaman, kebijaksanaan, dan tenaga, kesemua itu adalah perkara yang amat baik sekali untuk kita kekalkan kemerdekaan kita," katanya.
Mengulas mengenai kecenderungan generasi muda terhadap media sosial sebagai sumber maklumat, beliau berkata golongan muda ini perlu dididik dan diberitahu perkara sebenar yang sedang berlaku bagi mengelakkan mereka salah faham.
"Kita harus memuaskan kehendak masyarakat baharu...ketelusan, kepertanggungjawaban, urus tadbir baik, mereka (golongan muda) tidak suka pada rasuah, kita perlu memberitahu mereka sebenarnya ," katanya.
Bagi meneruskan legasi 60 tahun merdeka dan pembinaan negara bangsa, Syed Hamid berkata ia bukan satu perkara yang mudah kerana negara telah menempuh pelbagai peristiwa, cabaran dan rintangan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Dalam perkembangan lain, bekas Menteri Luar itu berharap media sosial tidak memperbesarkan isu berhubung kesilapan mencetak bendera negara Indonesa secara terbalik di dalam buku rasmi cenderamata pada pembukaan Sukan SEA ke-29.
"Seharusnya kita tidak perlu perbesarkan perkara berkenaan. Isu ini telah selesai, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka beberapa hari lalu.
"Saya harap Indonesia akan terimanya secara baik, bukan ada niat tertentu berbuat demikian...kita anggap Indonesia adalah negara jiran yang akrab dengan Malaysia, negara ASEAN yang penting dalam menjalinkan hubungan dua hala," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2017
Syed Hamid dan isteri, Puan Sri Sharifah Aziah (dua, kanan) serta anak-anak melihat foto bekas pengurus besar Bernama, Syed Zainal Abidin Syed Hussein, ayah kepada Sharifah Aziah, selepas program Legasi Merdeka semalam, 22 Ogos, 2017. --fotoBERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.