KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya negara ini di-set semula, bermula dengan merombak jemaah menteri dan melaksanakan sistem kerajaan campuran.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Akmal Saleh berpendapat sistem pentadbiran gabungan adalah lebih terbuka.
Ia juga, katanya, dapat membolehkan mereka yang berkepakaran diletakkan pada posisi dan jawatan yang sepatutnya tanpa kerenah kepartian.
Menurutnya, memandangkan telah wujud perjanjian persefahaman (MoU) kerajaan-pembangkang dan kerajaan hari ini terdiri daripada parti-parti yang bertentangan antara satu sama lain dalam pilihan raya, maka usaha itu tidak mustahil.
“Kali ini kerajaan sebenarnya memerlukan ‘will power’ atau kesanggupan yang sangat kuat, permulaannya kabinet mesti dirombak kerana jelas ianya dipenuhi oleh menteri yang tidak kompeten.
“Sekarang sudah tiba masa rakyat diberi pemimpin yang benar-benar layak berada di tempatnya, yang benar-benar boleh berkhidmat kepada rakyat.”
Jelas Akmal, sistem politik dan kerajaan hari ini perlu diubah kerana ia tidak membenarkan perwakilan daripada pembangkang untuk menyertai pentadbiran negara.
Ia walaupun seseorang itu cukup berkepakaran dalam sesuatu bidang untuk mengisi portfolio di dalam kabinet.
“Contohnya kita ada seorang Ahli Parlimen yang sangat bagus tentang ilmu alam, hal-hal bencana ini, tetapi sebab dia berada di pihak pembangkang maka dia tidak dilantik sebagai menteri.
“Dalam demokrasi kita, tak semestinya kabinet itu perlu duduk dalam parti yang sama. Kerajaan yang ada sekarang pun bukannya parti dan pakatan yang sama - UMNO, Bersatu dan Pas.”
Tonton temu bual bersama beliau dalam program Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Luqman Hariz, di sini:
Israr Khalid
Fri Jan 07 2022

AKMAL: Semuanya memerlukan kesanggupan kuat oleh pihak kerajaan untuk melakukan perubahan besar yang diharapkan.

Indonesia gugur syarat pakai pelitup muka di luar rumah
Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

Pilihan raya Lubnan: Guterres gesa penubuhan kerajaan inklusif
Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Etnik Rohingya hanya perlu peluang pendidikan untuk bangun komuniti
Bukan hak kerakyatan serta hak kebebasan lain yang dipinta, tetapi hanya cukup diberi peluang untuk menimba ilmu untuk bangunkan komuniti.

Xenofobia: Adakah Malaysia tidak terkecuali? Ikuti perbincangan Dialog Tiga Penjuru malam ini
Mampukah Malaysia menjadi model keamanan sejagat khasnya dalam menangani isu kemanusiaan Xenopobia dan Islamofobia yang semakin membarah?

Kekang Islamofobia, tingkat usaha promosi Perbincangan Sivil di Malaysia
Malaysia perlu meningkatkan usaha mempromosi Perbincangan Sivil atau 'civil discourse' bagi mencari persefahaman mengenai isu kaum dan agama termasuk Islamofobia.

Malaysia jadi model perangi Islamofobia? - Dialog Tiga Penjuru, 8.30 malam ini
Ketakutan atau kebencian yang keterlaluan terhadap Islam atau lebih dikenali sebagai Islamofobia bukanlah suatu perkara baharu.

'Asal nak raya, barang naik harga. Sampai bila?' - Dialog Tiga Penjuru, 8.30 malam ini
Adakah pengguna tidak punya kuasa atau ada jalannya untuk hentikan satu bentuk penindasan ini?

Pembukaan sempadan esok: Apa tawaran, strategi industri pelancongan kita? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Apa tawaran yang kita ada, bagaimana agaknya kerjasama yang dibuat untuk pastikan daya saing pemain industri di Malaysia terus berkembang?

'Recall election' sebagai langkah awal penyelesaian isu lompat parti - Azalina
Ia dapat menjadi solusi kepada perbezaan interpretasi tentang makna 'lompat parti' antara para pemain politik.

RUU Antilompat Parti: PM perlu selesaikan perbezaan antara parti dalam kerajaan - Anthony Loke
Penangguhan pembentangan RUU Antilompat Parti adalah disebabkan tiada konsensus dalam Kabinet.

MoU kerajaan-pembangkang wujud kerana tiada Akta Antilompat Parti - Fahmi Fadzil
Mungkin nanti apabila Akta Antilompat Parti sudah terlaksana, tidak perlu lagi perjanjian persefahaman antara kerajaan dengan pembangkang.

Apa yang susah sangat nak bentang RUU Antilompat Parti? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Menurut MoU PN-PH, RUU Antilompat Parti perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam tempoh tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen iaitu sebelum atau pada 24 Mac ini.