NATIONAL
Malaysia perlu seimbangkan hubungan dengan AS, rakan lain - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) pada Rabu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengimbangkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) serta negara lain, dan pada masa sama menggalas amanah kepengerusian ASEAN untuk memacu pertumbuhan serantau.
Ringkasan AI
- Malaysia perlu seimbangkan hubungan dengan AS sambil galas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN.
- Anwar pengerusikan mesyuarat NGCC untuk bincang strategi eksport ke AS.
- Mesyuarat susulan pertemuan Zafrul dengan wakil perdagangan AS berhubung isu tarif.
"Mesyuarat ini diadakan susulan pertemuan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dengan Setiausaha Perdagangan dan Wakil Perdagangan AS minggu lalu, yang menjadi langkah penting dalam memastikan suara Malaysia terus didengari dalam landskap perdagangan global yang semakin mencabar," kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Sebagai rekod, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer minggu lepas untuk membincangkan isu tarif perdagangan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami