MALAYSIA
Malaysia perlu tembusi pasaran baharu, jangan hanya harap AS dan China – PM Anwar
Anwar (foto) menekankan kepentingan negara menembusi pasaran di Eropah, Amerika Latin, dan Afrika bagi melonjakkan perdagangan. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia perlu mempergiat usaha menembusi pasaran baharu selain Amerika Syarikat (AS) dan China sekiranya mahu kekal sebagai negara dagang berdaya saing.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia tidak hanya bergantung kepada rakan dagang sedia ada, sebaliknya memperluas hubungan perdagangan ke rantau berpotensi.
Menurut beliau, negara perlu menumpukan pasaran di Eropah, Amerika Latin dan Afrika bagi melonjakkan nilai perdagangan pada masa depan.
“Saya ingin tegaskan, jangan pandang enteng soal usaha perdagangan ini. Kita tidak boleh berjaya sebagai negara dagang kalau kita hanya menumpukan kepada rakan-rakan strategik sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, di sini, Ahad.
Anwar berkata, hubungan perdagangan sedia ada dengan AS dan China yang mencatatkan nilai antara tertinggi akan diteruskan seperti biasa.
“Itu tidak bermasalah dan hubungan dengan China dan Amerika ini kita teruskan… tetapi kalau mahu Malaysia terus menjadi negara yang punya ekonomi kukuh dan negara dagang, kita mesti dan wajib menembusi pasaran baharu,” ujarnya.
Menurutnya, Malaysia juga akan meningkatkan perdagangan intra-ASEAN sebagai langkah memperkukuh integrasi ekonomi serantau.
Sementara itu, beliau turut menyeru kerjasama Jemaah Menteri dan penjawat awam dalam melaksanakan segala usaha untuk mengangkat Malaysia sebagai negara hebat.
Anwar berkata, prestasi baik seperti pertumbuhan ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.2 peratus bagi suku ketiga 2025 antara bukti negara kini berada pada tahap terbaik.
“Ini termasuk prestasi ringgit yang tertinggi di Asia. Saya yakin, insya-Allah, kalau kita teruskan dengan prestasi sedemikian, Malaysia akan meningkat maju sebagai negara hebat di Asia,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Malaysia mempergiat usaha menembusi pasaran baharu untuk meningkatkan perdagangan serta memperkukuh kedudukan sebagai negara dagang yang berdaya saing.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan negara menembusi pasaran di Eropah, Amerika Latin, dan Afrika bagi melonjakkan perdagangan.
- Anwar menegaskan pentingnya usaha perdagangan dengan negara-negara yang belum menjadi rakan strategik bagi memastikan kejayaan Malaysia sebagai negara dagang yang berprestij.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia tidak hanya bergantung kepada rakan dagang sedia ada, sebaliknya memperluas hubungan perdagangan ke rantau berpotensi.
Menurut beliau, negara perlu menumpukan pasaran di Eropah, Amerika Latin dan Afrika bagi melonjakkan nilai perdagangan pada masa depan.
“Saya ingin tegaskan, jangan pandang enteng soal usaha perdagangan ini. Kita tidak boleh berjaya sebagai negara dagang kalau kita hanya menumpukan kepada rakan-rakan strategik sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, di sini, Ahad.
Anwar berkata, hubungan perdagangan sedia ada dengan AS dan China yang mencatatkan nilai antara tertinggi akan diteruskan seperti biasa.
“Itu tidak bermasalah dan hubungan dengan China dan Amerika ini kita teruskan… tetapi kalau mahu Malaysia terus menjadi negara yang punya ekonomi kukuh dan negara dagang, kita mesti dan wajib menembusi pasaran baharu,” ujarnya.
Menurutnya, Malaysia juga akan meningkatkan perdagangan intra-ASEAN sebagai langkah memperkukuh integrasi ekonomi serantau.
Sementara itu, beliau turut menyeru kerjasama Jemaah Menteri dan penjawat awam dalam melaksanakan segala usaha untuk mengangkat Malaysia sebagai negara hebat.
Anwar berkata, prestasi baik seperti pertumbuhan ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.2 peratus bagi suku ketiga 2025 antara bukti negara kini berada pada tahap terbaik.
“Ini termasuk prestasi ringgit yang tertinggi di Asia. Saya yakin, insya-Allah, kalau kita teruskan dengan prestasi sedemikian, Malaysia akan meningkat maju sebagai negara hebat di Asia,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kawasan pasaran yang Malaysia ingin terokai untuk meningkatkan perdagangan menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim?
A: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia ingin menembusi pasaran di Eropah, Amerika Latin, dan Afrika. - Q: Mengapakah Perdana Menteri menekankan kepentingan menembusi pasaran baharu dalam usaha meningkatkan perdagangan negara?
A: Perdana Menteri menekankan pentingnya menembusi pasaran baharu kerana tidak boleh berjaya sebagai negara dagang dengan hanya bergantung kepada rakan strategik sedia ada. - Q: Siapakah yang turut hadir dalam majlis perasmian Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang dihadiri oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim?
A: Turut hadir adalah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Menteri Komunikasi, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, dan barisan Jemaah Menteri.