awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Man Utd dominasi Man City, Michael Carrick mulakan tugas dengan kemenangan
Kedai motor pelumba terkemuka Cub Prix terbakar
Hakim persekutuan kekang tindakan ICE terhadap penunjuk perasaan aman di Minnesota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlukan lebih banyak syarikat mahir teknologi untuk majukan STI - Dr. Adham

Bernama
Bernama
07/10/2021
06:59 MYT
Malaysia perlukan lebih banyak syarikat mahir teknologi untuk majukan STI - Dr. Adham
Dr Adham berkata, kementerian juga akan melancarkan MyStart Up Roadmap untuk memperkukuhkan ekosistem pemula niaga dengan harapan dapat mengembangkan teknologi yang lebih asli. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat berteknologi yang bersedia menjana idea berinovasi tinggi, penyelesaian dan teknologi untuk mengatasi cabaran global dan memajukan sains, teknologi dan inovasi (STI) ke hadapan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkat,a melalui model perkongsian awam-swasta, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan kementerian yang berkaitan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat tempatan yang besar dalam mewujudkan syarikat unicorn tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang untuk melonjakkan ekonomi Malaysia terutama melalui penghasilan pekerjaan.
Bercakap pada majlis pelancaran Laporan Tinjauan Sains 2020 yang diadakan secara dalam talian hari ini, beliau berkata kementerian juga akan melancarkan MyStart Up Roadmap untuk memperkukuhkan ekosistem pemula niaga dengan harapan dapat mengembangkan teknologi yang lebih asli dan memupuk usahawan teknologi bertaraf dunia yang cemerlang ke arah menjadi sebuah negara 'start-up" yang berdaya saing.
Dr Adham berkata STI harus bergerak seiring dengan sosioekonomi tanpa menjejaskan sumber asli alam sekitar untuk mendapatkan hasil yang berimpak serta yang lebih baik untuk rakyat.
"Dalam usaha negara mendapat semula ruang di persada dunia, Malaysia perlu melaksanakan pendekatan seluruh negara bagi membangunkan strategi kerjasama untuk hasil dan impak intensif berpengetahuan," katanya.
Dalam pada itu, bagi mengubah Malaysia daripada pengguna teknologi kepada pemaju teknologi ke arah menjadi negara berteknologi tinggi, Dr Adham menyatakan 10 program leap sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) telah dirumuskan.
Antaranya ialah Technology Commercialisation Accelerator, Malaysia Science Endowment dan National Technology Innovation Sandbox.
Beliau berkata kerajaan juga telah meluluskan penubuhan Pusat Vaksin Negara.
Laporan Tinjauan Sains 2020 iaitu edisi ketiga laporan utama Akademi Sains Malaysia, menyediakan semakan realiti kemajuan STIE sejak tiga dekad lepas dan mengemukakan cadangan strategik untuk bergerak ke masa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat teknologi
#Adam Baba
#ekonomi malaysia
#inovasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan