IPOH: Malaysia bukan sahaja memerlukan media yang benar-benar bebas, tapi juga yang cukup berani untuk melaporkan sebarang berita tanpa rasa bimbang atau berat sebelah, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, media sedemikian diperlukan bukan semata-mata untuk mewujudkan semak dan imbang, malah ia juga bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.
"Malaysia ditempatkan di kedudukan ke-73 dalam indeks World Press Freedom 2023 yang dikeluarkan pertubuhan Reporters Without Borders, kedudukan tertinggi yang belum pernah dicapai Malaysia tahun-tahun sebelum ini, dan ia tidak seharusnya dipandang enteng, kerana masih ada banyak usaha yang perlu dilaksanakan.
"Jadi saya harap dalam tempoh beberapa hari ini, rakan-rakan media dapat duduk berbincang, mencambah buah fikiran, yang bukan sahaja akan dapat meluaskan pandangan kita, tapi juga akan mencari ikhtiar mengenai apa yang perlu kita lakukan demi masa depan industri ini," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Forum Media HAWANA 2023 di sini hari ini.
Forum dengan tema "Masa Depan Media" anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) itu diadakan bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
Fahmi berkata selaras dengan pertumbuhan pesat penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) termasuk dalam industri media, pengamal media digesa membantu kerajaan memahami beberapa cabaran kawal selia yang perlu dikaji.
"Hari ini beberapa cabaran yang kita hadapi kini termasuk pertumbuhan pesat penggunaan AI, dan kita telah lihat bagaimana banyak negara sedang bergelut dengan persoalan mengenai Kecerdasan Buatan ini, sama ada dalam media mahupun di peringkat kerajaan.
"Namun bagi banyak pihak, banyak negara, persoalan ini tidak ditangani, jadi saya harap rakan-rakan media yang berada di sini hari ini juga akan membantu dalam memahami beberapa cabaran kawal selia yang perlu kita kaji, sama-sama memikirkan dan menerima pakai, dalam memastikan etika semasa AI ditangani secara menyeluruh oleh kerajaan," katanya.
Oleh kerana perubahan besar dalam landskap media menyebabkan pihak media tidak mempunyai pilihan selain daripada mengikuti trend semasa, Fahmi menggesa media tradisional untuk berinovasi dan berubah, seperti menggunakan teknologi baharu dan menerima platform dalam talian.
"Adalah penting bagi mereka untuk mempunyai kandungan yang menarik dan penceritaan yang hebat lebih menonjol berbanding yang lain. Peranan media sosial yang besar dalam kehidupan orang ramai telah menimbulkan satu lagi kebimbangan, yakni penyebaran berita palsu dan maklumat salah," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Forum Media sempena HAWANA 2023, Fahmi berharap ia menjadi platform perbincangan yang bernas dan merangsang pemikiran serta melahirkan idea-idea inovatif bagi menjamin masa depan media di negara dan rantau ini.
"Harapan dan hasrat saya bahawa dari sini, hubungan yang terjalin akan membolehkan kita mengambil bahagian dalam rangkaian perbincangan yang lebih luas merangkumi seluruh ASEAN.
"Cabaran yang dihadapi ASEAN adalah sesuatu yang rakan media perlu membantu kami (kerajaan) juga. Jadi, hubungan yang baik dan sihat dengan organisasi media di seluruh ASEAN adalah sesuatu yang kita harap dapat direalisasikan dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan dan merasmikan program Forum Media yang diadakan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sebuah hotel di Ipoh, Perak, hari ini. - Gambar BERNAMA
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).
AWANI Ringkas: Musim Haji |Kebajikan Guru KAFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebanyak 11,272 kes di Malaysia dari ME1 sehingga Sabtu lepas
KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.
Pulau Pinang umum kenaikan elaun guru KAFA RM200 sebulan
Semua guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Pulau Pinang akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM200 bermula Julai depan, menjadikan mereka menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini.

Sidang Kemuncak ASEAN: KPM beri kebenaran 71 sekolah laksana PdPR
71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan PdPR pada 26 hingga 28 Mei ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.

Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA
Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

HAWANA 2023: PM terima kad media, simbolik hargai sumbangan media
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, bersempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.

HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HAWANA 2023: Pandangan kritis, idea bernas media bantu tambah baik pentadbiran kerajaan
Media memainkan peranan penting sebagai medium untuk melontarkan pandangan kritis dan idea bernas bagi penambahbaikan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.

Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi
Media bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.