awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia puji peranan Mesir permudah penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza

Bernama
Bernama
13/10/2023
10:10 MYT
Malaysia puji peranan Mesir permudah penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
Saluran penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan melalui sempadan Rafah-Gaza sangat penting untuk kelangsungan hidup rakyat Palestin. - AP
PUTRAJAYA: Malaysia memuji peranan penting Mesir dalam usaha berterusannya untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Kementerian Luar berkata saluran penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan, terutamanya melalui sempadan Rafah-Gaza sangat penting untuk kelangsungan hidup rakyat Palestin yang kini menderita akibat sekatan keperluan asas oleh rejim Israel.
"Malaysia tegas menyokong seruan Mesir dalam menggesa Israel menghentikan serta-merta serangan ke atas Pintu Salah al Din Gate di bahagian Palestin di sempadan Rafah.
"Ini bagi memastikan penghantaran bekalan kemanusiaan dapat dilaksanakan segera kepada penduduk yang terjejas di Gaza," menurut kementerian dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Malaysia bersedia untuk menyertai usaha antarabangsa dalam penghantaran bantuan kemanusiaan dengan sokongan penuh kerajaan Mesir melalui pusat pemeriksaan masuk Rafah-Gaza, tambah kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesir
#sempadan Rafah
#Palestin
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan