MALAYSIA
Malaysia #QuranHour 2025 pada 30 Ogos fokus tiga surah
Marhaini Yusoff, berkata acara bertema ‘Merdeka dengan Rasa' itu akan berpandukan tiga surah utama iaitu Surah al-Saff, al-Balad dan Ali Imran.
SHAH ALAM: Memasuki tahun ke-11, Malaysia #QuranHour 2025 akan diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran langsung dari lokasi perdana Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos ini.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff, berkata acara yang bermula jam 12 hingga 1 tengah hari bertema ‘Merdeka dengan Rasa' itu akan berpandukan tiga surah utama iaitu Surah al-Saff, al-Balad dan Ali Imran.
"Ketiga-tiga surah terpilih ini memberi kerangka nilai dan tindakan berpaksikan konsep Ahassa iaitu empati mendalam yang menggerakkan tindakan dengan disiplin, kesedaran dan iltizam untuk membina sebuah ummah yang kukuh, terpimpin dan berteraskan kepada Allah sebagai pusat perjuangan.
"Kita mahu melahirkan lebih ramai 'Saidina Umar moden' iaitu pemimpin berempati yang bukan sekadar melihat derita rakyat, tetapi hadir dengan tindakan dan rahmah," katanya.
Marhaini Yusoff berkata demikian dalam Sesi Taklimat Sinergi Media Malaysia #QuranHour 2025 di Bangunan Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, hari ini.
Tema ‘Merdeka dengan Rasa' dipilih untuk menyeru masyarakat membebaskan diri daripada keangkuhan, penindasan dan ketidakadilan kepada pembinaan masyarakat adil, berihsan dan saling menyantuni.
Tambah Marhaini, beliau berharap kempen Malaysia Quran Hour 2025 terus diperluaskan bagi mengangkat Al-Quran sebagai rujukan utama dalam pembinaan peradaban tinggi.
Malaysia Quran Hour 2025 membawa misi ‘Reset Rasa’ iaitu satu seruan untuk semua golongan masyarakat agar kembali menyemak arah perjuangan dan sensitiviti terhadap penderitaan sekeliling.
"Surah al-Saff khususnya ayat 14 yang memperlihatkan peranan empat golongan utama iaitu pemimpin, pembina dasar, penjawat awam dan rakyat bagi membentuk saf kukuh dengan rasa, sabar dan kasih sayang.
"Malaysia #QuranHour 2025 bukan sekadar kempen membaca al-Quran tetapi satu gerakan nilai yang mengajak seluruh rakyat merasai, menyahut dan bertindak dengan menjadikan Allah sebagai pusat perjuangan, bukan kuasa, harta mahupun populariti," katanya.
Ringkasan AI
- Malaysia #QuranHour 2025 akan berlangsung serentak seluruh negara pada 30 Ogos dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, dengan tema Merdeka dengan Rasa berpandukan Surah al-Saff, al-Balad dan Ali Imran.
- Program ini menyeru masyarakat membebaskan diri daripada keangkuhan dan ketidakadilan kepada pembinaan masyarakat berihsan, adil dan berempati, serta melahirkan pemimpin berjiwa rakyat seperti Saidina Umar moden.
- Misi Reset Rasa digerakkan untuk menyemak semula arah perjuangan dan sensitiviti terhadap penderitaan sekeliling, menjadikan Allah sebagai pusat perjuangan dalam membina ummah terpimpin dan berperadaban tinggi.