Masjid dan surau di seluruh negara sekali lagi bergema dengan alunan ayat suci al-Quran bersempena program Malaysia #QuranHour hari ini, walaupun negara masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Penganjuran Malaysia #QuranHour kali keenam bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 itu turut dijalankan dalam keadaan normal baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Malaysia #QuranHour 1442H/2020 bertemakan 'Malaysia Harmoni: Bina 12 Personaliti Ibadurrahman' diadakan serentak di seluruh negara dan turut berlangsung di luar negara, bermula 12 hingga 1 tengah hari, hari ini.
Di Kelantan, program itu dihadiri 250 orang yang memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan melalui pemeriksaan suhu sebelum dibenarkan masuk ke Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan Datuk Adnan Hashim berkata program tersebut dimulakan dengan bacaan al-Quran bersama surah Al-Fatihah, Al-Furqan dan Ar-Rahman serta tadabbur.
"Kupasan maksud dalam surah-surah dibacakan mengingatkan kita bahawa Allah sebagai Pencipta dan kita sebagai hamba-Nya...Ar-Rahman merupakan satu simbolik sifat Allah yang penyayang, pemurah dan ia lebih berkaitan panggilan mulia daripada Allah kepada hamba-Nya," kata beliau.
Di Perak, seramai 40 orang menyertai program yang diadakan di Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Lumut dengan turut mematuhi SOP termasuk memakai pelitup muka, dan usai majlis, mereka juga tidak ketinggalan mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik bersempena Hari Kebangsaan ke-63, esok.
Penggerak Rumah Ngaji tersebut, Datin Maziah Rafie berkata beliau terpaksa menolak permohonan daripada beberapa individu yang turut ingin menyertai program berkenaan kerana perlu mematuhi peraturan berikutan pelaksanaan PKPP pada masa ini.
"Alhamdulillah, kita berjaya melaksanakan program ini biarpun tahun lepas penyertaan lebih 80 peserta berbanding 40 peserta tahun ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat kita elakkan," katanya.
Di Pulau Pinang, objektif penganjuran Malaysia #QuranHour tercapai di Masjid Al Marbawi, Merbau Kudung dekat Sungai Dua, Butterworth, walaupun bilangan pesertanya dihadkan kepada kumpulan kecil sebagai langkah pematuhan SOP.
Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang Mohd Taufek Abdul Rahman berkata dalam keadaan normal baharu, pihaknya memastikan penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini turut menitikberatkan pematuhan SOP bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
"Sebelum ini, jumlah peserta yang mengikuti program ini seramai 2,000 orang, namun pada kali ini seramai 80 peserta dibenarkan kerana kita hendak jaga keselamatan dan kesihatan peserta daripada sebarang risiko.
"Walaupun kali ini jumlah peserta tidak ramai, program diharap dapat menarik minat masyarakat untuk meluangkan lebih banyak masa membaca dan menghayati al-Quran, lebih-lebih lagi ketika kita semua berdepan cabaran pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata program tersebut disertai ahli Rumah Ngaji Pulau Pinang, jemaah masjid, pelajar tahfiz, petugas kerajaan dan orang perseorangan melibatkan tazkirah dan bacaan doa dan seterusnya bacaan surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 16 dan surah Al-Furqan ayat 63 hingga 77.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 30 2020
Malaysia #QuranHour 1442H/2020 bertemakan 'Malaysia Harmoni: Bina 12 Personaliti Ibadurrahman' diadakan serentak di seluruh negara
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Malaysia #QuranHour berjalan di seluruh negara patuhi SOP
Malaysia #QuranHour 1442H/2020 bertemakan 'Malaysia Harmoni: Bina 12 Personaliti Ibadurrahman' diadakan serentak di seluruh negara.