awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia raih pujian AS selaku Pengerusi ASEAN 2025

Bernama
Bernama
24/09/2025
14:10 MYT
Malaysia raih pujian AS selaku Pengerusi ASEAN 2025
Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer memuji kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer memuji kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Ringkasan AI
  • Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer memuji kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, khususnya di bawah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
  • Greer menyatakan ASEAN telah dilayan dengan baik dan rundingan perdagangan serta pelaburan dengan AS berlangsung secara konstruktif dan produktif.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Presiden AS Donald Trump akan melawat Malaysia bulan depan bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Bercakap kepada media selepas mengetuai rundingan antara Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) dan AS, beliau memuji kepimpinan dan layanan mesra Malaysia dalam mengemudi blok serantau yang terdiri daripada 10 negara sepanjang mesyuarat berkenaan setakat tahun ini.
"Kami amat berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan. Malaysia telah menunjukkan kepimpinan yang hebat sebagai Pengerusi ASEAN," kata Greer di luar mesyuarat AEM Ke-57 hari ini.
Ini merupakan kali kelima Malaysia memegang jawatan pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Dalam ucapan pembukaannya sebelum ini, Greer menyampaikan penghargaannya kepada Pengerusi AEM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di atas pendekatan pragmatik dan kepimpinan mantap beliau sepanjang Malaysia memegang jawatan pengerusi dalam mesyuarat AEM dengan rakan dialog.
Beliau berkata: "ASEAN telah dilayan dengan baik menerusi kepimpinan Malaysia, terutamanya oleh Menteri Zafrul. Saya berbesar hati berada di sini di Kuala Lumpur bagi pihak AS."
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata ASEAN dan AS telah mengadakan perbincangan yang konstruktif dan produktif mengenai perdagangan dan pelaburan semasa rundingan AEM-USTR dan rantau ini menantikan penglibatan berterusan dari Washington.
Sebelum ini pada 9 September, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Presiden AS Donald Trump akan melawat Malaysia bulan depan untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
Anwar berkata Trump telah menghubunginya untuk menyampaikan hasrat beliau menghadiri sidang kemuncak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jamieson Greer
#puji kepimpinan Malaysia
#Amerika Syarikat
#Pengerusi ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan