[TERKINI] SPRM Tahan Bekas Ketua Setiausaha Politik Kanan PM – Ikuti Perkembangan di Sini!
MALAYSIA

Malaysia rakam penghargaan kepada Hermono, perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia

Bernama 28/11/2025 | 13:36 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono atas khidmat beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merakamkan penghargaan atas komitmen berterusan kerajaan Indonesia dalam memantapkan hubungan dengan Malaysia termasuk usaha menangani isu-isu utama seperti pekerja migran dan sempadan.

"Hari ini saya menerima kunjungan hormat Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau dan kembali ke Jakarta dalam masa terdekat.

"Malaysia komited untuk terus memperkukuh kerjasama erat dengan Indonesia demi manfaat dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dilantik pada 2020, Hermono ialah seorang diplomat kerjaya dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia dari 2013 hingga 2015.

-- BERNAMA



#Hermono #Duta Besar Indonesia ke Malaysia #Perdana Menteri Anwar Ibrahim #hubungan Malaysia-Indonesia