awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE

Bernama
Bernama
02/10/2023
21:30 MYT
Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Dari tempoh 2004 hingga 2022, perdagangan Malaysia dengan China berkembang hampir enam kali ganda. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan keseluruhan jualan eksport bernilai RM625.42 juta semasa penyertaan di Ekspo China - Asean (CAEXPO 2023) ke-20 di Nanning, China, yang baru sahaja berakhir.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata jualan eksport yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.
Sejumlah 107 syarikat Malaysia dan sembilan agensi kerajaan menyertainya dengan 116 reruai di CAEXPO 2023 yang berlangsung dari 16 - 19 Sept.
Ketua pegawai eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata China, rakan dagang terbesar Malaysia, kekal menjadi satu daripada pasaran eksport paling penting bagi syarikat Malaysia.
"Susulan strategi dan usaha proaktif MATRADE termasuk menyusun aktiviti berimpak dan pertemuan perniagaan, penyertaan Malaysia dalam CAEXPO memperoleh nilai jualan eksport yang besar dan menjalin perkongsian perniagaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohd Mustafa berkata penyumberan berterusan oleh pembeli China menunjukkan kualiti, daya tahan dan daya saing produk dan perkhidmatan Malaysia, memanfaatkan momentum pertumbuhan perdagangan antara Malaysia dan China di CAEXPO sejak 20 tahun lepas.
"MATRADE berbangga dengan usahanya selama tiga dekad meneruskan kecemerlangan global untuk terus menumpu meningkatkan libat urus lebih rapat lagi dengan komuniti perniagaan China dalam menghubungkan mereka dengan pengeksport Malaysia untuk memacu eksport ke China," katanya.
Dari tempoh 2004 hingga 2022, perdagangan Malaysia dengan China berkembang hampir enam kali ganda.
China merupakan rakan dagangan keempat terbesar Malaysia pada 2004 dan kemudiannya meningkat menjadi rakan dagang terbesar Malaysia pada 2009 bagi 14 tahun berturut-turut dengan purata pertumbuhan tahunan 12 peratus.
China juga menjadi pasaran eksport kedua terbesar Malaysia pada 2022 dan sumber import terbesar Malaysia sejak 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Matrade
#CAEXPO 2023
#jualan eksport
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.