awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Republik Kyrgyz setuju kukuh kerjasama TVET, STEM - PM Anwar

Bernama
Bernama
29/05/2024
15:39 MYT
Malaysia, Republik Kyrgyz setuju kukuh kerjasama TVET, STEM - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Dasar Luar kepada Presiden Republik Kyrgyz, Muratbek Azymbakiev, di Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Republik Kyrgyz bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ringkasan AI
  • Malaysia dan Republik Kyrgyz setuju mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan, termasuk TVET dan STEM.
  • Malaysia akan melatih lebih ramai peserta dari Republik Kyrgyz melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
  • Pertemuan turut membincangkan pelantikan penasihat khas dari Malaysia ke Republik Kyrgyz untuk membantu pembangunan ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook berkata perkara itu dibincangkan semasa beliau menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Dasar Luar kepada Presiden Republik Kyrgyz, Muratbek Azymbakiev, di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
"Berhubung Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Malaysia bersetuju untuk melatih lebih ramai peserta dari Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang," katanya.
Perdana Menteri berkata pertemuan itu turut membincangkan mengenai pelantikan penasihat khas dari Malaysia ke Republik Kyrgyz untuk membantu dalam pembangunan ekonomi negara Asia Tengah itu.
Katanya dalam hal ini, beliau memaklumkan beberapa calon berpotensi telah dikenal pasti dan sedang dalam proses disenarai pendek oleh Malaysia.
Menurut Anwar, Muratbek turut menyampaikan surat dan cenderahati daripada Presiden Republik Kyrgyz dan Ketua Kabinet.
"Saya titipkan harapan agar hubungan kedua-dua negara terus terjalin lebih erat pada masa akan datang," katanya.
Semasa lawatan Perdana Menteri ke negara itu baru-baru ini, rakan sejawatnya, Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz Akylbek Zhaparov menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Republik Kyrgyz
#TVET
#STEM
#kerjasama pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan