PUTRAJAYA: Malaysia menyambut baik permohonan Afrika Selatan untuk memulakan prosiding terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung keganasannya terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa.
Prosiding terhadap Israel itu dibuat mengikut Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (Genoside Convention).
Permohonan oleh Afrika Selatan itu termasuk permintaan supaya Mahkamah mengambil langkah sementara atau jangka pendek yang mengarahkan Israel supaya menghentikan kempen ketenteraannya di Gaza.
Ia bertujuan untuk melindungi daripada lebih banyak kemudaratan terhadap hak-hak rakyat Palestin mengikut Konvensyen Genosid, dan bagi memastikan pematuhan Israel terhadap kewajipannya berdasarkan Konvensyen itu.
"Tindakan undang-undang terhadap Israel di ICJ merupakan langkah yang tepat dan tegas ke arah kebertanggugjawaban undang-undang terhadap kekejaman Israel di Gaza dan Wilayah Palestin yang diduduki (OTP) secara umum.
"Sebagai Pihak kepada Konvensyen Genosid, Malaysia menggesa Israel supaya memenuhi kewajipannya mengikut undang-undang antarabangsa dan menghentikan segera kekejaman terhadap rakyat Palestin," menurut Wisma Putra.
Malaysia mengulangi gesaannya supaya penyelesaian berkekalan dilaksanakan dengan membenarkan Palestin mempunyai negara berdaulat dan merdeka sendiri berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmuqadis Timur sebagai ibu kotanya, menurut kenyataan itu.
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 21,978 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dan 57,697 yang lain cedera dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Prosiding terhadap Israel itu dibuat mengikut Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid. - Gambar Bernama
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
IsDB simpul mesyuarat 4 hari, dengan 85 perjanjian pembiayaan US$8 bln
Perjanjian tersebut berkaitan dengan operasi serta projek dalam pelbagai sektor, kata Presiden IsDB Dr Muhammad Al-Jasser.
AWANI Pagi: Hari Pekerja 2024 - Tangani stres, perbaiki psikologi pekerja
Bersempena Hari Pekerja yang disambut 1 Mei, ia boleh disifatkan sebagai hari meraikan pekerja yang membantu dalam pembangunan ekonomi dan produktiviti tempatan.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
AWANI Pagi: SSPA, jangan tinggal lagi skim kami?
Diskusi AWANI Pagi bersama Setiausaha Agung Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali untuk mengupas mengenai nasib, dan kebajikan perkhidmatan awam bersempena Hari Pekerja 2024.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Pendudukan bermula semalaman apabila penunjuk perasaan memecahkan tingkap dan memasuki Hamilton Hall.
Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa
Semua penjawat awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk pegawai masjid dan surau, guru serta Penolong Pendaftar Perkahwinan diingatkan supaya mematuhi ketetapan dan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Pilih aliran pendidikan hak ibu bapa - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) termasuk di Kelantan.
Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan - Tinjauan EY
Sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Universiti Columbia ancam untuk membuang pelajar yang merampas dan menduduki bangunan bilik kuliah ketika pertikaian antara pengurusan universiti dan aktivis pro-Palestin di kampus Manhattan semakin sengit.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Israel minta ICJ tidak keluar perintah baharu isu kebuluran di Gaza
Peguam Israel berkata permintaan berulang Afrika Selatan untuk langkah tambahan adalah penyalahgunaan prosedur.
Jumlah korban warga Palestin angkara serangan Israel mencecah 31,726 sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 81 warga Palestin maut dan 116 lagi cedera dalam 24 jam lepas berikutan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.
Gaza: Afrika Selatan teliti laporan Israel kepada ICJ sebelum ambil langkah susulan
Afrika Selatan sedang meneliti laporan yang dihantar Israel kepada ICJ mengenai langkah bagi mencegah genosid di Gaza sebelum memutuskan langkah seterusnya.
Hujahan Malaysia di ICJ sangat bermakna untuk Palestin - Dr Ang Swee Chai
UNRWA kini semakin berdepan kesukaran untuk menyalurkan bantuan akibat sekatan yang dikenakan.
Kekejaman Zionis: Israel fail laporan kepada ICJ mengenai Gaza
Sebelum ini, ICJ meminta Israel untuk menghalang tindakan perang di Gaza yang mungkin bersamaan pembunuhan beramai-ramai.
Gelombang kutukan dunia terhadap Israel kini amat besar - Mohamad Hasan
Gelombang kutukan dunia atas kekejaman Israel terhadap Palestin serta pencabulan terhadap hak rakyat negara itu kini amat besar, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.