awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sampaikan hasrat kepada PBB agar Palestin diterima sebagai anggota penuh

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/01/2024
00:00 MYT
Malaysia sampaikan hasrat kepada PBB agar Palestin diterima sebagai anggota penuh
Anwar menegaskan Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip bahawa Palestin berhak membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. - Foto X/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar Palestin diterima sebagai anggota penuh badan dunia itu dan gencatan senjata dilaksanakan segera di Gaza.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasrat rakyat dan kepimpinan Malaysia itu disampaikan sendiri melalui Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, pada Selasa.
Kata Anwar, gesaan Malaysia seiring dengan kenyataan Gutteres di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Kampala, Uganda, bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.
"Keamanan dan kedamaian hanya dapat dicapai dan dipertahan jika hak sebenar dikembalikan kepada yang berhak.
"Jika penindasan, kekerasan, rampasan hak, dan dasar apartheid dibenar berleluasa, nescaya tiada suatu noktah yang selamat dalam kehidupan.
"Pasti suatu hari, sekarang atau di masa hadapan, mereka yang tertindas dan dinafikan segala hak akan bangkit menentang ketidakadilan sebegini," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Anwar menegaskan Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip bahawa Palestin berhak membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kota.
Pada Selasa, Mohamad menyatakan pendirian Malaysia semasa Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung situasi di Timur Tengah termasuk Isu Palestin.
Tegasnya, Malaysia menuntut akauntabiliti atas pencabulan jelas Israel ke atas undang-undang antarabangsa dalam tindakannya di Gaza.
"Ketiadaan akauntabiliti atas jenayah perang Israel menggugat kesahihan undang-undang antarabangsa dan usaha mengakhiri pendudukan haram Palestin," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PBB
#Palestin
#anggota penuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan