MALAYSIA
Malaysia sasar 1.5 juta ketibaan pelancong dari India tahun ini
Malaysia menyasarkan 1.5 juta ketibaan pelancong dari India tahun ini susulan hubungan udara yang kukuh serta dasar bebas visa untuk pelancong India yang terus meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi percutian utama. - Foto hiasan/BERNAMA
NEW DELHI: Malaysia menyasarkan 1.5 juta ketibaan pelancong dari India tahun ini susulan hubungan udara yang kukuh serta dasar bebas visa untuk pelancong India yang terus meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi percutian utama.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa berkata India kekal sebagai pasaran sumber utama bagi Malaysia dan kini berada di kedudukan kelima dalam ketibaan pelancong.
Data Tourism Malaysia menunjukkan purata ketibaan bulanan dari India melebihi 100,000 orang.
"Dari tahun ke tahun, kami berbesar hati dengan peningkatan bilangan pelancong India yang meneroka bandar, pulau dan pantai berpasir putih di Malaysia," katanya pada perhimpunan industri pelancongan bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada Khamis.
Majlis itu dihadiri 150 wakil sektor pelancongan dan syarikat penerbangan.
Malaysia telah merekodkan 1.3 juta pelawat India sehingga Oktober dan berharap mencapai sekurang-kurangnya 1.5 juta menjelang akhir Disember, kata Pengarah Tourism Malaysia New Delhi Ahmad Johanif Mohd Ali.
Beliau berkata sasaran tahun depan ialah 2.5 juta pelawat dari India sebagai sebahagian kempen TMM2026. Malaysia menyasarkan untuk menarik 47 juta pelawat antarabangsa pada 2026, meningkat daripada 37.9 juta yang direkodkan pada 2024.
Hubungan perjalanan Malaysia-India disokong lebih 230 penerbangan mingguan yang dioperasikan oleh Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, Air India dan IndiGo.
Malaysia Airlines akan meningkatkan kapasiti perkhidmatannya ke India bulan ini dengan perkhidmatan harian ke Thiruvananthapuram di negeri selatan Kerala.
Perkhidmatan harian baharu itu akan meningkatkan kapasiti tempat duduk mingguan antara India dan Malaysia daripada kira-kira 43,000 kepada lebih 45,000.
Malaysia telah melanjutkan dasar pengecualian visa untuk pelancong India sehingga akhir 2026 ketika negara terus mengukuhkan tumpuannya terhadap pasaran utama Asia Selatan itu.
-- BERNAMA