MALAYSIA
Malaysia sasar kedudukan 15 teratas indeks perkhidmatan awam global - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk melonjak ke kedudukan 15 teratas dalam Indeks Perkhidmatan Awam Antarabangsa setanding dengan negara maju seperti Korea Selatan, dalam usaha mentransformasikan jentera pentadbiran negara menjadi antara yang terbaik di dunia.
Ringkasan AI
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata sasaran itu ditetapkan bagi memastikan perkhidmatan awam negara bukan sahaja efisien tetapi juga diiktiraf pada peringkat global, selaras dengan agenda reformasi Kerajaan MADANI.
"Berdasarkan Indeks Blavatnik yang dikeluarkan oleh Oxford University, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-40. Saya telah beritahu Perdana Menteri, dalam tempoh saya memegang jawatan ini, saya akan cuba bawa Malaysia sekurang-kurangnya sama taraf dengan Korea Selatan pada nombor 15," katanya dalam rancangan Bicara Naratif terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.
Shamsul Azri berkata untuk mencapai matlamat itu, memerlukan satu anjakan paradigma dalam kalangan penjawat awam, yang perlu sentiasa turun padang untuk memahami denyut nadi dan isi hati rakyat.
Bagi memacu agenda reformasi itu, beliau berkata Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) yang berfokuskan kepada lima teras utama telah dilancarkan merangkumi penghayatan nilai dan tatakelola, pembangunan modal insan, penyampaian perkhidmatan dan sinergi awam serta swasta.
Beliau berkata sebagai bukti komitmen dan penghargaan kerajaan terhadap rakyat, program mega "Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku" akan dianjurkan di Putrajaya dari 5 hingga 7 Dis ini, sempena sambutan tiga tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Penganjuran program tahun ini menumpukan kepada tiga objektif utama, iaitu menilai dan mempamerkan kemajuan pelaksanaan ARPA dan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR), memperkukuh budaya prestasi, integriti dan empati dalam perkhidmatan awam serta mengukuhkan kolaborasi antara kerajaan, swasta dan rakyat melalui pendekatan keseluruhan negara.
"Perkataan 'Bersama Malaysiaku' ini menggambarkan bahawa 'tiada orang yang akan dipinggirkan'. Ia merangkumi semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak kepada remaja, kepada golongan pekerja dan warga emas, semua termasuk dalam liputan kerajaan," katanya.
Serentak dengan itu, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam akan diadakan menampilkan lima sesi forum yang membincangkan isu-isu kritikal termasuk reformasi birokrasi dan hala tuju Kerajaan MADANI.
Shamsul Azri berkata inisiatif seperti konvensyen itu penting untuk memberikan pencerahan mengenai usaha pembaharuan yang sedang dijalankan bagi mencapai sasaran global berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia menyasarkan ke kedudukan 15 teratas dalam Indeks Perkhidmatan Awam Antarabangsa, seiring dengan negara maju seperti Korea Selatan, demi menjadikan pentadbiran negara antara yang terbaik di dunia.
- Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menekankan perlunya anjakan paradigma dalam kalangan penjawat awam untuk memahami keperluan rakyat dan mencapai matlamat reformasi perkhidmatan awam.
- Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dilancarkan dengan lima teras utama untuk memperkukuh nilai, pembangunan modal insan, penyampaian perkhidmatan, dan kolaborasi antara kerajaan, swasta, dan rakyat.