MALAYSIA
Malaysia sasar tingkat penerbangan ke Henan untuk tingkat pelancongan, pelaburan - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini berkata hubungan udara yang ditambah baik penting untuk membuka peluang ekonomi antara Malaysia dan wilayah Henan, yang mempunyai lebih 100 juta penduduk. - Foto BERNAMA
SEPANG: Malaysia menyasar meningkatkan penerbangan terus ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng (CGO) di Henan, China, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesalinghubungan dan merancakkan pelancongan, perdagangan serta pelaburan.
Ringkasan AI
Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini berkata hubungan udara yang ditambah baik penting untuk membuka peluang ekonomi antara Malaysia dan wilayah Henan, yang mempunyai lebih 100 juta penduduk.
"Kita menggalakkan syarikat penerbangan tempatan kita untuk meningkatkan penerbangan antara Malaysia dan Zhengzhou, tidak semestinya hanya Kuala Lumpur. Ia boleh jadi bandar lain juga, seperti Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu atau Kuching.
"Kami berharap dapat mempromosikan Malaysia dengan lebih agresif ke wilayah Henan. China mempunyai populasi 1.4 bilion, dan wilayah ini sahaja mempunyai 100 juta orang. Kita mesti mengambil peluang ini untuk menarik pelancong dari pasaran ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Laluan Sutera Udara Zhengzhou-Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Loke berkata kedua-dua trafik kargo dan penumpang merupakan tonggak penting penglibatan dua hala, dengan syarikat penerbangan tempatan Raya Airways sudahpun mengendalikan perkhidmatan kargo harian antara kedua-dua bandar itu.
"Kita perlu mempunyai lebih banyak (penerbangan) sambungan serta penerbangan terus. Buat masa ini, satu penerbangan harian tidak mencukupi. Kita berharap syarikat penerbangan lain akan turut menawarkan perkhidmatan terus tambahan," katanya.
Loke berkata prosedur pelepasan kastam juga perlu diselaraskan untuk menyokong kerjasama kargo udara hab berkembar Malaysia dengan China, menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng.
Ini, katanya, penting untuk menjadikan KLIA sebagai hab pindah kapal serantau dan menarik lebih banyak negara ASEAN untuk menghantar kargo mereka melalui Malaysia.
"Yang penting adalah memastikan kecekapan. Di China, mereka memudahkan pelepasan kastam untuk barangan yang masuk dari Kuala Lumpur. Kita di KLIA juga mesti bersedia dengan infrastruktur yang betul dan proses yang cekap, termasuk pelepasan kastam," katanya.
Loke berkata Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan berunding dengan Jabatan Kastam untuk memudahkan prosedur.
Menurutnya, proses penyelarasan akan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menjadikan Malaysia hab pilihan bagi negara ASEAN untuk menghantar kargo ke China.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan berunding dengan Jabatan Kastam untuk memudahkan prosedur.
"Laluan terus mungkin lebih sukar dan mahal. Kelebihan kita terletak pada kesalinghubungan Malaysia yang kukuh dalam ASEAN. Syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Batik Air dan AirAsia sudahpun menyediakan rangkaian yang luas, termasuk lebih daripada 10 destinasi di Indonesia.
'Kita mesti memanfaatkan kekuatan ini untuk mengukuhkan peranan KLIA sebagai hab serantau," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia menyasarkan untuk menambah penerbangan terus ke Zhengzhou, China bagi menarik lebih ramai pelancong selain membuka peluang pelaburan dan perdagangan.
- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mencadangkan syarikat penerbangan tempatan menambah laluan terus bukan sahaja dari Kuala Lumpur tetapi juga dari Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu dan Kuching.
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disasarkan menjadi hab serantau ASEAN dengan penekanan kepada prosedur kastam yang lebih cekap bagi menyokong kerjasama kargo udara Malaysia-China.