awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia bantu Indonesia dalam insiden kehilangan pesawat AirAsia - Najib

Bernama
Bernama
28/12/2014
06:15 MYT
Malaysia sedia bantu Indonesia dalam insiden kehilangan pesawat AirAsia - Najib
Malaysia sedia bantu Indonesia insiden kehilangan pesawat AirAsia - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sedia membantu Indonesia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini.
Mengakui masih menunggu butiran lengkap berhubung kejadian itu, beliau berkata apa yang dapat disahkan setakat ini ialah pesawat milik Indonesia itu telah hilang daripada radar selepas berlepas.
“Ini bermakna kemungkinan besar satu musibah telah berlaku pada pesawat tersebut.
“Itu saja yang saya dapat tahu dan kita akan bantu untuk mencari apa yang telah berlaku kepada pesawat itu,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Padang Tengku di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pesawat AirAsia Indonesia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini waktu tempatan.
Pesawat yang hilang itu ialah Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.
Topic Berkaitan
#aiasia
#hilang komunikasi
#menara kawalan
#QZ8501
#Singapura
#Surabaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan