Malaysia bersedia menghulurkan bantuan terutamanya dalam misi mencari dan menyelamat mangsa bencana gempa bumi di Sulawesi, Indonesia.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataannya berkata bagaimanapun, sehingga kini Indonesia masih belum memohon bantuan antarabangsa kerana berpandangan kapasiti dalam negara tersebut masih mencukupi.
"Berdasarkan kepada 'standby arrangement plan', Malaysia sentiasa bersedia menghulurkan bantuan terutamanya dalam aktiviti mencari dan menyelamat yang mana Pasukan Smart Nadma merupakan pasukan Mencari dan Menyelamat Urban (USAR) utama bertaraf INSARAG antarabangsa," kata kenyataan itu.
Dua anggota Emergency Response Assessment Team (ERAT) telah dihantar ke Sulawesi petang Sabtu untuk menyertai pasukan ASEAN-ERAT.
"Hasil penilaian oleh pasukan itu akan menjadi asas dan justifikasi untuk Malaysia menghantar bantuan kelak," kata kenyataan itu lagi.
Gempa gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 pada skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia) pada Jumaat turut mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu.
BACA: Angka korban tsunami Palu meningkat 384 orang
Tsunami setinggi tiga meter itu berlaku pada pukul 5.27 petang waktu Indonesia Timur, kira-kira 22 minit selepas gempa kuat menggegarkan wilayah Kota Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.
Bencana itu dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 380 nyawa setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 29 2018
Gempa gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 pada skala Richter melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada Jumaat. - Foto fail
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.