awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia bawa kes Sirul ke mahkamah Australia, kata Wan Junaidi

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2015
08:58 MYT
Malaysia sedia bawa kes Sirul ke mahkamah Australia, kata Wan Junaidi
Kerajaan Malaysia sedia membawa kes tertuduh kedua pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu, Koperal Sirul Azhar Umar ke mahkamah Australia
Kerajaan Malaysia sedia membawa kes tertuduh kedua pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu, Koperal Sirul Azhar Umar ke mahkamah Australia sekiranya Australia bertegas enggan memberi kerjasama untuk mengekstradisinya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berunding dengan kerajaan Australia berhubung usaha mengekstradisi Sirul ke tanah air.
Ujarnya, biarpun Australia tegas enggan menghantar pulang Sirul kerana prinsip negara itu yang menentang hukuman mati, namun isu tersebut masih boleh ditentukan menerusi bidang kuasa mahkamah.
“Jadi, maknanya Malaysia mungkin bawa kes itu ke mahkamah Australia menerusi Ketua Hakim Negara dan Ketua Polis Negara,” katanya selepas lawatan kerja ke ibu pejabat kontinjen Pulau Pinang (IPK) di Georgetown pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan Australia menolak permintaan Malaysia untuk mengektradisi Sirul kerana ia membabitkan hukuman mati.
Bagaimanapun, Malaysia berharap kerajaan Australia memberi kerjasama dalam usaha membawa pulang bekas anggota unit tindakan khas (UTK) tersebut.
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota UTK iaitu Sirul dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.
Sirul, 43, walau bagamanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari penghakiman kerana berada di Australia sejak Oktober.
Topic Berkaitan
#Altantuya Shaariibu
#Sirul Azhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan