awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

Bernama
Bernama
22/03/2023
15:18 MYT
Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media selepas pertemuan dengan Setiausaha Agung Persatuan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha. - Foto BERNAMA
JEDDAH: Malaysia sedia bekerjasama bahkan meningkatkan hubungan dengan Afghanistan, negara di bawah pentadbiran Taliban yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, awal bulan ini sebagai negara paling menindas dan merampas hak wanita dan kanak-kanak perempuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia itu telah disampaikan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bersedia membantu dari segi perhubungan Malaysia dengan Kerajaan Afghanistan.
Beliau berkata bagaimanapun Malaysia tegas dalam soal pendidikan wanita dan berpendirian bahawa hak golongan itu ke atas pendidikan tidak boleh dinafikan.
"Masalah sekarang ini ialah sikap mereka terhadap pendidikan wanita, sama ada dia nak buat universiti khusus wanita ataupun sekolah khas wanita, itu pilihan mereka, tetapi tidak boleh menafikan hak wanita dalam bidang pendidikan," katanya dalam satu sidang media di sini pada Rabu.
Terdahulu, Anwar yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha dan delegasi OIC, di Makkah selepas selesai beliau menunaikan ibadah umrah.
Anwar yang ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, 6.40 pagi waktu tempatan.
Media antarabangsa antara lain sebelum ini melaporkan Kerajaan Afghanistan menghalang kanak-kanak perempuan daripada mendapat pendidikan melebihi gred enam dan wanita dari ruang awam seperti taman serta gim.
Bagaimanapun, Jumaat lepas, pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilapor berkata bahawa pelajar perempuan akan kembali bersekolah sebaik sahaja isu dalaman di negara itu diselesaikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#kerjasama
#Afghanistan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan