awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia hantar satu batalion ATM ke Gaza - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
15/10/2025
10:41 MYT
Malaysia sedia hantar satu batalion ATM ke Gaza - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled (foto) menegaskan bahawa kos bukan keutamaan, sebaliknya hasrat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat konflik menjadi keutamaan. -Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sekali lagi mengulangi Malaysia bersedia menghantar satu batalion Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Gaza sekiranya dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menjalankan misi pengaman di wilayah bergolak itu.

Ringkasan AI
  • Malaysia bersedia menghantar satu batalion Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Gaza bagi misi pengaman jika dipilih oleh Majlis Keselamatan PBB, dengan batalion telah didaftarkan lebih awal.
  • Menteri Pertahanan menegaskan bahawa kos bukan keutamaan, sebaliknya hasrat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat konflik menjadi keutamaan.
  • Batalion yang disediakan adalah berasingan daripada kontinjen ATM di Lubnan, dan Malaysia kekal komited terhadap prinsip kemanusiaan sejagat dalam menyokong perjuangan Palestin.

Beliau berkata satu batalion ATM telah didaftarkan lebih awal bagi tujuan itu dan Malaysia kini menunggu keputusan Majlis Keselamatan PBB berhubung penghantaran pasukan pengaman ke Gaza.
"Semasa saya menyertai mesyuarat menteri-menteri negara yang ada pasukan pengaman, kita telah nyatakan kesediaan dan memang kita niat pun nak berada, nak bantu di sana.
"... tetapi kita tunggu pertemuan Majlis Keselamatan PBB untuk buat keputusan. Kalau mereka kata Malaysia dipilih untuk menghantar, kita bersedia dengan satu batalion," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Transformasi Pelan Transformasi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) 2026-2035, di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata batalion yang disediakan itu tidak melibatkan kontinjen Malaysia yang sedang berkhidmat di Lubnan ketika ini.
"Itu (kontinjen Lubnan) setiap satu tahun kita memang panggil balik dan hantar yang lain. Jadi kita ada batalion lain yang bersedia," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata soal kos untuk menghantar pasukan ATM menyertai misi pengaman itu tidak menjadi keutamaan pada masa ini, kerana perkara yang lebih penting adalah hasrat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang sedang menderita akibat konflik berpanjangan.
Mohamed Khaled berkata Malaysia sentiasa berpegang teguh terhadap prinsip kemanusiaan sejagat yang menjadi dasar utama negara dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Majlis Keselamatan PBB
#Palestin
#satu batalion
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan