awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia sambut ketibaan lebih ramai pelajar antarabangsa dari Jepun

Bernama
Bernama
21/07/2022
21:15 MYT
Malaysia sedia sambut ketibaan lebih ramai pelajar antarabangsa dari Jepun
EMGS mengadakan lawatan kerja ke Tokyo mulai 19 hingga 21 Julai bagi mewujud serta memperkukuh peluang rangkaian kerjasama antara pihak berkepentingan pendidikan tinggi Malaysia dan Jepun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Education Malaysia Global Service (EMGS) kini bersedia menjadikan jenama 'Study in Malaysia' lebih popular di Jepun memandangkan Malaysia adalah antara destinasi yang semakin menjadi pilihan pelajar antarabangsa dari Negara Matahari Terbit itu.
EMGS dalam kenyataan semalam memaklumkan pelajar Jepun terus menunjukkan minat untuk meneruskan pengajian mereka di Malaysia dan selepas sekatan perjalanan dilonggarkan, EMGS kembali ke landasan untuk menganjurkan acara fizikal termasuk yang bertaraf antarabangsa.
"Data daripada EMGS menunjukkan lebih 2,000 permohonan telah diterima berdasarkan data kumulatif dari 2019 hingga 2022," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut EMGS mengadakan lawatan kerja ke Tokyo yang bermula dari 19 hingga 21 Julai bagi mewujud serta memperkukuh peluang rangkaian kerjasama antara pihak berkepentingan pendidikan tinggi Malaysia dan Jepun.
Lawatan itu memberi peluang untuk membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama bagi meningkatkan kerjasama strategik terutama dalam sektor pendidikan antarabangsa dengan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan dan Teknologi Jepun (MEXT), Pertubuhan Perkhidmatan Pelajar Jepun (JASSO) serta Sekolah Tinggi Antarabangsa Islam Yuai di Shibuya.
Ketua Pegawai Eksekutif EMGS Mohd Radzlan Jalaludin berkata pihaknya bersedia menyambut ketibaan lebih ramai pelajar antarabangsa ke Malaysia terutama dari Jepun.
"Lawatan kerja ke Tokyo ini bertujuan memperkukuh kesedaran dan kehadiran Pendidikan Malaysian di Jepun," menurutnya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global
#Jepun
#Kementerian Pendidikan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan