MALAYSIA
Malaysia sedia tawar pengalaman ARPA kepada negara ASEAN - KSN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) hadir pada Persidangan ASEAN mengenai Perkhidmatan Awam Sedia Masa Hadapan, di sebuah hotel hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri). - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Malaysia bersedia menawarkan pengalaman dalam pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) melibatkan kerangka kerja dan pengajaran praktikal kepada negara anggota ASEAN.
Ringkasan AI
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata perkongsian itu membolehkan negara serantau mempelajari secara langsung pendekatan Malaysia dalam memperkasakan tiga tonggak utama reformasi melibatkan kepimpinan, modal insan dan teknologi.
"Dalam masa kurang setahun, ARPA telah mula menampakkan hasil yang ketara. Satu daripada petunjuk paling jelas ialah Malaysia naik 11 anak tangga dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) daripada tempat ke-34 pada 2024 kepada kedudukan ke-23 pada tahun ini. Ini adalah kedudukan terbaik kami sejak 2020," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Persidangan ASEAN: Perkhidmatan Awam Yang Bersedia Menghadapi Masa Hadapan di sini hari ini.
Shamsul Azri berkata ARPA yang diperkenalkan tahun lepas, telah mereformasi perkhidmatan awam negara menjadi sebuah perkhidmatan berintegriti, tangkas, berpusatkan rakyat dan bersedia untuk masa hadapan.
Dengan pelaksanaan di peringkat negara anggota, beliau berkata ia bakal memberi manfaat serantau, dan pada masa sama menggunakan platform kolektif ASEAN sebagai penanda aras untuk kemajuan negara.
"Fokus ARPA terhadap pembangunan modal insan adalah selari dengan kami, dengan Deklarasi ASEAN mengenai Pembangunan Sumber Manusia untuk Mengubah Dunia Pekerjaan 2020. Ringkasnya, pengalaman ARPA Malaysia menawarkan pelajaran dan alatan praktikal yang boleh dikongsi dalam ASEAN," katanya.
Pada masa sama, beliau menekankan bahawa Malaysia akan terus memanfaatkan platform serantau untuk menilai prestasinya berbanding negara jiran, mendapatkan sokongan strategik dan menetapkan aspirasi yang lebih tinggi untuk perkhidmatan awam.
Beliau berkata pendekatan itu dilihat sebagai langkah proaktif bukan sahaja memacu kecemerlangan dalaman tetapi juga memainkan peranan aktif dalam menyumbang kepada kemajuan kolektif ASEAN ke arah sebuah blok serantau yang berdaya saing dan kalis masa depan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia bersedia berkongsi pengalaman pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dengan negara ASEAN, melibatkan kepimpinan, modal insan dan teknologi.
- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata ARPA telah membantu Malaysia naik 11 tangga ke kedudukan ke-23 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2025.
- Malaysia mahu menjadikan pengalaman ARPA sebagai model serantau bagi memperkukuh kerjasama dan kemajuan perkhidmatan awam ASEAN.