awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sekali lagi dahului senarai destinasi percutian mesra Muslim terbaik

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2021
09:04 MYT
Malaysia sekali lagi dahului senarai destinasi percutian mesra Muslim terbaik
Malaysia sekali lagi mendahului senarai destinasi percutian mesra Muslim terbaik bagi pelancong muslim melalui MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi mendahului senarai destinasi percutian mesra Muslim terbaik bagi pelancong muslim melalui MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2021.
Pengiktirafan itu diterima negara ketika pelancaran Sidang Kemuncak Global Halal in Travel 2021 pada Rabu.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pencapaian itu susulan usaha dan komitmen berterusan Malaysia dalam mengembangkan pelancongan mesra muslim dalam pasaran global.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Mastercard and CrescentRating atas pelancaran Global Muslim Travel Index (GMTI) 2021 hari ini. Malaysia menghargai pengiktirafan di tempat pertama dalam GMTI sejak ia dilancarkan pada 2015.
"Malaysia akan sentiasa menyokong penuh dan komited untuk meneruskan pembangunan segmen Percutian Mesra Muslim, yang menjadi peningkatan signifikan kepada pasaran pelancongan global," katanya semasa menyampaikan ucaptama Memperkukuhkan Kedudukan Malaysia dalam Pasaran Pelancongan Islam sempena Sidang Kemuncak Global Halal In Travel 2021 pada Rabu.
Beliau dalam masa sama, memohon semua pemain industri agar terus meneroka peluang-peluang yang ada untuk lebih bersedia apabila pelancongan mula pulih dan dibuka semula.
Malaysia juga berminat untuk mengalu-alukan kedatangan semula pelancong dari seluruh dunia untuk melancong ke dalam negara.
"Bagi pelancong Muslim, kami akan memastikan Malaysia adalah tempat yang anda akan merasa selesa. Kami membangunkan Malaysia untuk menjadi pelancongan mesra Muslim dan destinasi hospitaliti yang unik dan bermakna, selain memenuhi keperluan asas diperlukan," ujarnya.
Justeru katanya, Pusat Pelancongan Islam (ITC) memainkan peranan penting dalam menjalankan kajian ke atas industri pelancongan Muslim.
"ITC telah mengendalikan dua kajian terhadap pelancongan Islam di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan 11 dan telah bertanggungjawab melaksanakan 24 projek penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan Pelancongan Islam yang ditubuhkan pada tahun 2018. Daripada jumlah itu, 14 kajian telah siap dan 10 sedang diusahakan," tambah Nancy.
Usaha dilakukan ITC itu sekali gus menggalakkan lebih banyak idea yang inovatif, serta meluaskan potensi hospitaliti dan pelancongan mesra muslim negara.
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#pelancongan
#Halal
#Islam
#pelancong
#Malaysia
#global Muslim travel index
#GTMI 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan